window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan!

Haris Β· Sep 13, 2021 07:00 PM

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 01

Hyundai Kona N-Line adalah sebuah SUV yang menggiurkan namun seringkali terlepas pandang. SUV segmen B ini tampil dengan rekaan yang sangat moden di samping enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya.

Pada kesempatan ini, Wapcar.my berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat Hyundai Kona N-Line yang ditawarkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) untuk membuat liputan terperinci mengenai SUV yang tersakiti ini.

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Kona N-Line diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea. Harga bermula dari RM 156,888 atas jalan tanpa insurans dengan potongan SST.

Model Hyundai Kona N-Line ini adalah model 'N-Line' pertama yang ditawarkan oleh HSDM untuk pasaran Malaysia. Ia sedikit berbeza dengan Hyundai Kona 'N' yang sememangnya sebuah SUV model prestasi namun Kona N-Line ini tidak kurang hebatnya.

Baca: Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k!

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 01

N-Line merupakan model varian atas (selalunya) dengan tambahan perincian kosmetik dan ciri kelengkapan. Sebagai contoh, BMW tampil dengan pakej M-Sport atau Toyota dengan GR-Sport. Ia merangkumi beberapa siri peningkatan ciri kelengkapan untuk menjadikan model biasa tampil lebih sporty sementara output enjin sama tidak berubah.

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 02

Hyundai Kona N-Line kelihatan sebuah SUV sport yang mahu kelihatan seperti sebuah hatchback. Ini tidak mengejutkan kerana hatchback memberikan sensasi pemanduan yang lebih baik berbanding SUV dan 'model prestasi' perlu kelihatan cocok dengan sensasi pemanduan.

Berbeza dengan model hatchback-yang-mahu-jadi-SUV seperti Axia Style dan Iriz Active, tinjauan dekat mendapati bahawa tiada sebarang plastik hitam pada bahagian sisi. Mungkin mahu lebih mirip dengan rekaan hatchback.

Baca: Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai!

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 03

Berbeza dengan 'line' aksesori lain untuk model biasa, Hyundai Kona N-Line tampil berbeza dengan model standard. Hal ini mungkin kerana model standard lebih kelihatan seperti sebuah SUV manakala model Kona N-Line mahu kelihatan seperti sebuah hatchback.

Baca: Hyundai Kona facelift 2021 dilancarkan – enjin SmartStream G2.0 + CVT, bermula RM 119,888!

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 04

Hasilnya, Hyundai Kona N-Line nampak sangat kohesif, dengan warna dua tona bumbung hitam dan rekaan bumper yang lebih berbingkai - jauh berbeza dengan rekaan bumper 2 tingkat pada model standard.

Terdapat juga perincian aerodinamik seperti lip hadapan yang bersepadu dengan sirip udara yang nampak agresif, suatu perincian yang sangat baik untuk sebuah SUV prestasi.

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 05

Tak perlu lagi tukar rim dengan Hyundai Kona N-Line ini. Rim 18-inci dengan rekaan yang sofistikated pada Hyundai Kona N-Line melengkapi penampilan yang sporty dan nampak lebih seimbang dari segi nisbah.

Baca: Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 06

Sayang sekali pada bahagian dalam, perincian seperti stereng rata bahagian bawah tidak ditawarkan. Selain daripada kekurangan kecil ini, Hyundai Kona N-Line menepati citarasa peminat sukan permotoran dengan tema serba gelap dengan kontras jahitan merah.

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 07

Terdapat tombol gear yang lebih sporty dengan logo N selain daripada kerusi yang juga bersulamkan logo N. Perincian yang harus dipuji mungkin sekali terletak di bawah kaki iaitu penggunaan logam untuk pedal. Benar-benar sporty.

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 08

Selain itu, susun atur dalaman Hyundai Kona N-Line sama sahaja dengan Hyundai Kona standard. Ini termasuklah kluster instrumen meter digital 10.25 inci dan skrin infotainment 8-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 09

Hyundai Kona N-Line dijana oleh enjin 1.6L turbo 4 silinder (SmartStream G1.6 T-GDI) yang menghasilkan 198 PS dan 265 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

Hyundai Kona N-Line 2021 - SUV keluarga 1.6 Turbo, lebih berkuasa dari Proton X50 tapi selalu dilupakan! 10

Ramai yang tak tahu bahawa Hyundai Kona dilengkapi dengan perkhidmatan penyelenggaraan percuma 3 tahun atau 50,000km (mana yang lebih dahulu).

Jaminan pengeluar standard pada 5 tahun atau 300,000 km (mana yang lebih dahulu) dan boleh dibeli secara tempahan dalam talian melalui platform beli-belah Hyundai. Berikut adalah varian Hyundai Kona secara terperinci.

Hyundai Kona facelift 2021
Varian Output Kuasa Harga
2.0 149 PS/ 180 Nm RM 119,888
2.0 Active 149 PS/ 180 Nm RM 136,888
1.6 Turbo 198 PS/ 265 Nm RM 146,888
1.6 N-Line 198 PS/ 265 Nm RM 156,888

Sangat jarang untuk menemui model-model Hyundai terkini di atas jalan. Kebanyakan model yang ditemui (secara peribadi) terpampang logo Sime Darby kecil di bahagian bonet - menandakan bahawa ianya adalah kereta syarikat. Sepayung dengan HSDM juga. Apa lagi yang mampu mempengaruhi anda untuk menggunakan Hyundai?

Baca: Proton, Perodua terlalu selesa. Hyundai-Kia mendominasi, kerajaan Korea beri sasaran, bukan ganjaran

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda