Anda boleh menontonnya di sini:
Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 ini bakal dilancarkan esok, 9 Julai 2020 sempena ulangtahun 35 tahun Proton Saga.
Apa yang pasti, Proton Saga edisi ini akan berwarna hitam dengan tona warna kuning di beberapa bahagian.
Pada bahagian luar, jalur kuning menghiasi bahagian bawah dari depan ke belakang dan alis lampu hadapan. Sementara itu, cermin sisi menggunakan warna kuning hampir sepenuhnya.
Pada bahagian dalam pula, papan pemuka turut mempunyai jalur kuning dengan penetap corong pendingin hawa yang turut berwarna kuning.
Panel meter turut mempunyai jalur kuning bulat untuk menyerlahkan lagi tema warna Proton Saga Edisi Ulangtahun ini.
Tiada maklumat mengenai sebarang pengubahsuaian pada prestasi kereta ini dan harganya. Bagi anda yang berminat, ikuti siaran langsung Proton melalui laman Facebook Proton Cars mengikut waktu yang ditetapkan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}