Bagi anda yang belum tahu, Avanza generasi baharu sudah dilancarkan di Filipina pada bulan lepas. Ia ditawarkan dengan empat varian yang bermula dari harga 813,000 PHP ke 1,039,000 PHP (~RM 66k – RM 84k). Di sana, terdapat enjin 1NR-VE 1.3L (98 PS,122 Nm) dan enjin 2NR-VE 1.5L (106 PS, 138 Nm).
Varian yang berenjin 1.3L datang dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan dan automatik D-CVT, manakala 1.5L pula dengan D-CVT sahaja.
Bagaimanapun, Veloz di Filipina nanti mungkin mirip spesifikasi model Indonesia.
Untuk pengetahuan anda, Avanza di Filipina tidak dilengkapkan dengan ADAS Toyota Safety Sense (TSS) langsung. Namun menurut sesetengah media automotif Filipina, ciri tersebut akan ditawarkan juga tetapi pada Veloz sahaja.
Juga baca: Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP
Menariknya, TSS pada Veloz di pasaran Indonesia dan Thailand didatangkan secara standard yang mana ia merangkumi ciri:
Bercakap mengenai Indonesia, Veloz untuk Filipina juga mungkin diimport dari sana, sama seperti Avanza. Perkara ini disahkan sendiri oleh wartawan automotif ternama di Indonesia, Indra Fathan yang mana beberapa unit dilihat berada atas pengangkut kereta untuk dieksport.
Apapun, kita mungkin mengikut jejak langkah Thailand yang mana pasaran kita akan ditawarkan dengan Veloz terus. Tidak cukup dengan itu, kembarnya juga akan hadir bagi menggantikan Perodua Alza.
Malah, kereta 7 tempat duduk Perodua yang berkod D27A ini juga mungkin menggunakan nama yang berbeza. Untuk itu, sama-sama kita tunggu perkembangan akan datang.
Juga baca: Tak perlu tukar, nama 'Alza' akan dikekalkan untuk MPV Perodua baharu nanti?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}