Seperti yang anda tahu, Toyota Avanza sudah tidak ada di Malaysia dan bakal menggantinya adalah Toyota Veloz 2022. UMW Toyota setakat ini belum lagi mengumumkan tarikh pelancarannya tetapi kembar kepada Perodua Alza 2022 ini telah banyak kali diiklankan.
Untuk kali ini, Veloz 2022 tampil dengan iklan yang menunjukkan kelegaan tanah sebanyak 190 mm. Sebagai perbandingan, ukuran ini 30 mm lebih tinggi daripada Alza (varian H & AV) yang mengunakan rim bersaiz 16 inci.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kereta 7 tempat duduk ini tetap lagi rendah daripada Mitsubishi Xpander (205 mm) atau Perodua Aruz sendiri (220 mm).
Menariknya, angka yang didakwa oleh UMWT ini lebih rendah daripada Veloz di pasaran Indonesia (205 mm).
Yang hairannya, sumber di Indonesia sendiri memberitahu bahawa susunan suspensi Veloz di pasaran lain tidak berbeza langsung. Jadi, ketinggian Veloz sepatutnya sama tetapi mungkin kaedah pengiraan Toyota Indonesia dan UMW Toyota ada sedikit perbezaan.
Bagi anda yang belum tahu, Toyota Veloz 2022 akan dipasang secara lokal (CKD) di kilang Rawang Perodua. Setakat ini, harga anggaran yang diberi adalah sekitar RM 95,000 dan tempahannya telahpun dibuka.
Juga baca:
Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini!
Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}