window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022

Faisal Β· Jul 15, 2022 06:00 PM

Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022 01

Sementara Malaysia menunggu pelancaran Perodua Alza 2022, si kembarnya iaitu Toyota Veloz 2022 sekali lagi diintip di tanah air kita.

Tapi, bagaimana kami tahu itu adalah Veloz, bukannya Alza?

Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022 02

Kalau anda lihat bampar belakang pada intipan yang kami jumpa ini, anda akan perasan trim segi tiga beserta pemantul dan sentuhan ini hanya ada pada Toyota Veloz.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lagipun selama ini, Perodua sendiri jarak membiarkan model yang bakal mereka lancarkan berlegar di atas jalan raya. Dengan tiada samaran seperti ini, lagilah. Jadi, kelibat kali ini semestinya bukan Perodua Alza 2022.

Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022 01

Ini apa yang kami tahu setakat ini mengenai Toyota Veloz 2022

Toyota Veloz 2022 akan mengganti Toyota Avanza dan sama seperti duo Perodua Aruz/Toyota Rush, Veloz akan dipasang oleh Perodua di kilang Rawang mereka.

Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022 02

Dari segi teknikal, kereta 7 tempat duduk ini akan menggunakan enjin 1.5L NA yang menghembuskan 106 PS dan 137 Nm tork. Dengan menggunakan platform DNGA-B, kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi D-CVT.

Masuk ke bahagian dalam, ia hadir dengan skrin infotainment 9 inci yang turut menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Menariknya, sebahagian daripada ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang didatangkan turut mengandungi ciri kawalan pelayaran adaptif (ACC).

Jualannya takkan mengalahkan Perodua Alza tapi kami kini tahu saiz but Toyota Veloz 2022 03

Antara ciri lain yang ada termasuklah lampu depan jenis LED, DRL LED, brek parkir elektrik (EPB) dengan Automatic Brake Hold (ABH), kluster digital 7 inci dan pengecas telefon tanpa wayar Qi. Untuk makluman anda, UMW Toyota sudah mendedahkan dalam media sosialnya bahawa Veloz mempunyai kapasiti but seluas 498 liter.

Anggaran harga yang diberikan pula adalah sekitar RM 95,000 dan bagi anda yang belum tahu, tempahannya sudahpun dibuka.

Juga bacaRuang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda