window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran

Faisal Β· Apr 18, 2022 07:00 PM

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 01

Model di pasaran Indonesia.

Walaupun Toyota Avanza 2022 mungkin ditawarkan di Malaysia sebagai versi lebih atas iaitu Veloz, terdapat beberapa pasaran jiran yang menawarkan kedua-duanya sekaligus. Antaranya seperti Indonesia dan Vietnam dan kini, Toyota Motor Philippines pula mengeluarkan satu iklan yang berupa Toyota Veloz.

Bagi anda yang belum tahu, Avanza generasi baharu sudah dilancarkan di Filipina pada bulan lepas. Ia ditawarkan dengan empat varian yang bermula dari harga 813,000 PHP ke 1,039,000 PHP (~RM 66k – RM 84k). Di sana, terdapat enjin 1NR-VE 1.3L (98 PS,122 Nm) dan enjin 2NR-VE 1.5L (106 PS, 138 Nm).

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 02

Toyota Avanza di Filipina.

Varian yang berenjin 1.3L datang dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan dan automatik D-CVT, manakala 1.5L pula dengan D-CVT sahaja.

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 03

Unit di Indonesia.

Bagaimanapun, Veloz di Filipina nanti mungkin mirip spesifikasi model Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 01

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 02

Untuk pengetahuan anda, Avanza di Filipina tidak dilengkapkan dengan ADAS Toyota Safety Sense (TSS) langsung. Namun menurut sesetengah media automotif Filipina, ciri tersebut akan ditawarkan juga tetapi pada Veloz sahaja.

Juga bacaKembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 03

Unit di pasaran Thailand.

Menariknya, TSS pada Veloz di pasaran Indonesia dan Thailand didatangkan secara standard yang mana ia merangkumi ciri:

  • Pre-collision System
  • Front Departure Alert
  • Lane Departure Assist
  • Automatic High Beam
  • Pedal Misoperation Control

Bercakap mengenai Indonesia, Veloz untuk Filipina juga mungkin diimport dari sana, sama seperti Avanza. Perkara ini disahkan sendiri oleh wartawan automotif ternama di Indonesia, Indra Fathan yang mana beberapa unit dilihat berada atas pengangkut kereta untuk dieksport.

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 04

Selamat tinggal Avanza?

Apapun, kita mungkin mengikut jejak langkah Thailand yang mana pasaran kita akan ditawarkan dengan Veloz terus. Tidak cukup dengan itu, kembarnya juga akan hadir bagi menggantikan Perodua Alza.

Toyota Veloz 2022 mula diiklan di pasaran Filipina, Malaysia masih menunggu giliran 05

Malah, kereta 7 tempat duduk Perodua yang berkod D27A ini juga mungkin menggunakan nama yang berbeza. Untuk itu, sama-sama kita tunggu perkembangan akan datang.

Juga bacaTak perlu tukar, nama 'Alza' akan dikekalkan untuk MPV Perodua baharu nanti?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda