window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia?

Haris · Jun 30, 2022 01:00 PM

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia? 01

Prospek menjadi pengeluar SUV nombor 1 Malaysia mungkin dalam sasaran Proton apabila mengumumkan hari ini bahawa model Proton X70 sahaja telah dijual sebanyak 73,000 unit sejak pelancaran.

Model SUV pertama daripada Proton itu dilancarkan pada Disember 2018 dengan angka jualan terkini dikira sehingga Jun 2022.

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada itu, Proton X70 juga telah dinobatkan sebagai SUV segmen C paling laris di Malaysia, dan SUV paling laris di atas harga RM 100k untuk pasaran tempatan.

Baca: Tempahan & permintaan menggalakkan, Proton sasar jual X70 2022 sebanyak 2,000 unit sebulan!

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia? 01

Angka tersebut tidak jauh daripada model SUV terlaris Malaysia, Honda HR-V yang terjual melebihi 87,000 unit - jualan sejak pelancaran pada tahun 2015 sehingga Disember 2019. 

Jualan Honda HR-V mungkin lebih tinggi pada masa ini namun Proton X70 memperlihatkan pencapaian jualan yang tinggi pada masa waktu yang lebih singkat.

Baca: Honda HR-V telah menguasai 79 peratus pasaran crossover

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia? 02

Model Proton X70 baru sahaja menerima facelift pada awal bulan Jun 2022 dengan perubahan terbesar adalah pada trenkuasanya. SUV tersebut kini ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo 3G15TD (177 PS 255 Nm), menggantikan enjin 1.8 liter turbocaj TGDi (184 PS / 300 Nm) yang berkhidmat lama dalam semua varian. Hanya varian tertinggi yang kekal menggunakan enjin 1.8 liter tersebut.

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia? 03

Peralihan ini juga membawa lebih kandungan tempatan dalam pengeluaran Proton X70. Sehingga 70% komponen pada SUV tersebut adalah buatan tempatan berbanding 45% pada model CKD awal yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2020.

Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia? 04

Selain itu, Proton X70 juga menerima kemaskini luaran untuk model facelift 2022, pada perincian seperti rekaan rim 18- dan 19-inci baharu, perumah lampu kabus hitam berkilat keliling, gril dan plat akronim nama Proton di bahagian belakang yang berwarna hitam.

Baca: Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade?

@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda