window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya

Mersita Β· Sep 9, 2020 10:00 AM

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 01

Apabila anda beli Ferrari F8 Tributo, 50 peratus daripada harga jualannya adalah untuk membeli lencana Ferrari tersebut – untung bersih untuk syarikat Fiat Chrysler Automobiles yang disenaraikan di Milan Stock Exchange itu, berdasarkan info oleh Bloomberg.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 02

Ia menjuarai senarai kereta paling menguntungkan di dunia, menebalkan lagi poket pelabur-pelaburnya. Berbeza pula keadaannya bagi pembeli kereta tersebut, kerana Ferrari F8 Tributo ialah kereta paling ‘overpriced’ di dunia.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 03

Di Malaysia, Ferrari F8 Tributo dijual dengan harga RM 1,068,000, tak termasuk cukai. Selepas cukai, sediakan duit lebih RM 2.5 juta.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengekori di belakangnya dalam senarai ini ialah Porsche 911, dengan margin dianggarkan pada 47 peratus. Sama seperti Ferrari, apabila anda membeli sebuah 911, anda bukan saja membeli kereta tersebut. Anda juga membeli warisan dan sejarah gemilang kereta tersebut yang berusia lebih dari 50 tahun.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 01

Porsche tak untung banyak bila anda beli sebuah Carrera asas. Tapi, bila anda beli sebuah 911 yang didatangkan dengan pelbagai pilihan – dari ekzos sport, roda lebih besar disertai pelbagai pilihan kemasan, tali pinggang keledar berwarna, pelbagai bantuan kawalan chassis, dsb. – semua ini akan meningkatkan margin kereta tersebut.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 02

Semua ini ditambah lagi dengan langkah bijak Porsche iaitu menggunakan asas 911 yang sama dan membangunkan beberapa varian berbeza untuk disasarkan pada kumpulan pelanggan yang berlainan. Lain pelanggan, lain citarasanya. Porsche cuba memenuhi semua ini - dari sebuah Carrera asas hinggalah ke GT2 RS yang sedia untuk perlumbaan, dan juga banyak lagi varian gaya hidup seperti Targa, ‘convertible’, dan juga GT3 Touring.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 03

Yang pastinya, Porsche ialah syarikat kereta yang paling menguntungkan di dunia dan margin keuntungannya adalah kayu ukur industri ini – lebih 16 peratus.

Ferrari F8 Tributo sememangnya mempunyai margin yang lebih tinggi, tapi jumlah unitnya yang terjual tidak setinggi Porsche 911 yang banyak variannya. Ini bermaksud sebagai rangkaian model, Porsche 911 jauh lebih menguntungkan berbanding Ferrari F8 Tributo.

Bagi setiap pembeli yang tergolong dalam ‘the top 1 percent’ yang mementingkan gaya dan pastinya berpoket tebal, 911 mempunyai pilihan yang cukup pelbagai bagi menepati citarasa peribadi mereka. Kepelbagaian ini adalah sesuatu yang Ferrari tak boleh nak lawan.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 04

Tahun lepas, Porsche berjaya menjual lebih daripada 38,000 unit 911. Jumlah ini 10 kali lebih banyak daripada Ferrari. Walaupun jumlah jualannya banyak, 911 kekal eksklusif dan diidamkan ramai orang.

Di Malaysia, ‘entry’ bagi 911 ialah Carrera S – bemula dari RM 1.15 juta, termasuk cukai. GT2 RS paling mahal bermula dari lebih RM 3 juta termasuk cukai tapi ia ialah model 991 generasi sebelumnya. 992 generasi terkini belum lagi memperkenalkan varian GT2/GT3.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 05

Aston Martin DBX juga tergolong dalam senarai ini. Ia adalah sebuah SUV yang teramatlah ‘overpriced’ – 40 peratus daripada harga jualannya ialah untung semata-mata. Ia merupakan SUV pertama keluaran Aston Martin dalam sejarah lebih 100 tahunnya. Ketika ia mula-mula dijual, Aston Martin memberitahu yang model ini sudah ada ‘healthy interest’ (minat yang mencukupi) dan produksi secara sengaja dihadkan pada 4,000 unit setahun untuk mengekalkan tahap eksklusifnya.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 06

Di Malaysia, harga jualan Aston Martin DBX bermula dari RM 798,000 tanpa cukai. Dengan cukai, sila sediakan lebih RM 2.7 juta.

Di luar segmen ‘super luxury’, kita ada BMW X5 dan Mercedes-Benz GLE sebagai kereta paling menguntungkan – dengan margin keuntungan dianggarkan pada 25 peratus.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 07

Di Malaysia, BMW X5 xDrive40i yang dibuat di AS dijual dengan harga RM 618,800. Mercedes-Benz GLE 40, yang juga diimpot dari AS, dijual pada RM 608,888.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 08

Jika dibandingkan dengan sedan-sedan biasa seperti BMW 5 Series atau Mercedes-Benz E-Class, SUV seperti X5 dan GLE menghasilkan margin keuntungan yang lebih sihat. Ini sememangnya perkara biasa dalam perniagaan ini. Pelanggan sanggup bayar lebih untuk sebuah SUV kerana rasa selamat dengan posisi tempat duduknya yang lebih tinggi dan juga untuk imej gaya hidup yang ditonjolkannya.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 09

Pembuat kereta tak ada masalah langsung dengan corak pembelian ini (lagi mereka suka ada lah) kerana SUV-SUV ini berkongsi hampir semua peralatan mekanik dan platform yang sama dengan versi sedan mereka – mengekalkan kos pembangunan yang rendah.

5 kereta paling 'overpriced' yang dibeli untuk jenama dan sejarahnya 10

Syarikat-syarikat kereta yang paling menguntungkan adalah syarikat yang berjaya menghasilkan banyak model yang digilai ramai daripada alat mekanikal/platform asas yang sama – sama seperti strategi Porsche.

Ya, anggaran Bloomberg adalah berdasarkan harga jualan di AS. Di Malaysia pula, struktur cukai kita akan melonjakkan lagi harganya secara sengaja. Tapi, di tahap atasan dalam hierarki automotif ini, ‘ranking’ ini takkan banyak bezanya dalam konteks negara kita.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 BMW X5 xDrive45e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda