window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik

Faisal Ā· Jul 12, 2022 12:00 PM

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 01

Kalau anda perasan, Toyota Corolla Cross bukan main laku lagi sekarang ini. Tetapi takkan Honda nak biarkan Toyota julang pasaran semudah itu kan? Apapun, takhta SUV itu mungkin bertahan hanya sementara kerana tidak lama lagi, Honda Malaysia akan melancarkan HR-V serba baharu. Bagi anda yang belum tahu, tempahannya sudahpun dibuka pada akhir bulan lepas.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 02

Sebelum ini, kami sebenarnya berpeluang menguji pandu Honda HR-V varian RS di pasaran Thailand dan menariknya, Honda Malaysia memberitahu bahawa apa yang kita dapat nanti akan lebih kurang sama dengan model tersebut. Jadi, mari kami ulaskan apa yang best dan tak best berdasarkan pengalaman kami dengannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaTempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022!

Eksterior – lebih moden dan stylo

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 01

Selama ini, HR-V terkenal dengan SUV yang bergaya tapi soal usia ini, tiada siapa boleh lawan kehendak ilahi dan kalau diletakkan bersebelahan dengan yang baru, memang berbeza.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 02

Kalau diperhatikan melalui gambar, pasti anda perasan bahawa HR-V baharu nampak agak kekok. Macam ada yang tak kena. Tetapi bila tengok depan-depan, memang cun-melecun. Macam tak logik dek akal kerana terjemahan ke alam nyata memang cukup kontra.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 03

Ada sentuhan garisan dentutan jantung pada gril bahagian bampar.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 04

Senang cerita, banyak elemen yang menarik dan jujur cakap, ia nampak jauh lebih memukau berbanding Corolla Cross.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 05

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 06

Bar nyalaan merah yang melintang di antara kedua-dua lampu belakang juga adalah antara keemasan HR-V baharu kerana tidak banyak pesaing yang ada estetik sebegini.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 07

Kami belum pasti sama ada sentuhan bumbung hitam akan beransur ke pasaran kita atau sebaliknya.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 08

Rim 18 inci.

Interior – nampak lebih premium dan masih praktikal

Penerapan reka bentuk kabin yang ringkas dan kemas pada model-model Honda sekarang ini kekal menjadi pada HR-V baharu. Terdapat banyak elemen yang dikongsi antara City dan Civic tetapi dengan sedikit perbezaan dari segi penampilan.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 09

Secara amnya, visual yang dipersembahkan pada bahagian dalam nampak cukup premium. Ditambah pula dengan corong penyaman udara yang kelihatan canggih, lagilah. Malah, untuk kali ini, HR-V dilengkapkan dengan corong penyaman udara pada bahagian belakang.

Juga bacaAir Diffusion System pada Honda HR-V 2022, bakal merubah sistem A/C untuk kereta di masa depan?

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 10

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 11

2 port USB dan ruang meletak barang.

Bercakap mengenai ini, tempat duduk belakangnya memang jauh lebih luas daripada Corolla Cross. Cumanya, ruang kepala macam secukup makan sahaja.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 12

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 13

Lagi satu, siling berwarna hitam dan bingkai cermin yang agak kecil boleh membuatkan penumpang belakang rasa sedikit lemas.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 14

Sudut sandar pada tempat duduk belakang tidak boleh dilaras macam Corolla Cross.

Tetapi selain daripada itu, ada banyak ruang meletak barang dan pengecas tanpa wayar Qi juga jenis rata yang mana ia tidak nampak macam tambahan saat terakhir, iaitu seperti yang diterapkan pada Corolla Cross.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 15

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 16

Dari segi but belakang pula, ia sebenarnya lebih kecil berbanding model sebelum ini.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 17

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 18

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 19

Tetapi dengan adanya Ultra Seats, ruang kargo maksimum pada HR-V baharu sebenarnya lebih besar kerana kabinnya sendiri lebih luas.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 20

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 21

Bercakap mengenai kabin, antara ciri yang ada pada kabin HR-V RS pula termasuklah kluster instrumen digital (sama seperti City RS & Civic), roda stereng pelbagai fungsi dan bumbung suria panoramik, iaitu yang jenis cermin tidak boleh dibuka.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 22

Menariknya, untuk bahagian penumpang belakang, mereka perlu cabut lapisan penutup bumbung suria tersebut. Pendekatan ini sebenarnya tidak berapa praktikal kerana mana nak simpan benda alah itu nanti? Apapun, ciri bumbung suria mungkin tiada untuk pasaran kita kerana cuaca di negara kita sendiri dah cukup panas.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 23

Untuk infotainment pula, pasaran kita akan dapat jenis yang sama seperti di Thailand iaitu skrin 8 inci ala kotak. Walaupun sistem operasinya mudah untuk diguna dan kualiti audio 8 pembesar suaranya agak nyaring, pemilik pasti idamkan jenis skrin yang terapung kerana dari segi estetik, yang ini terbukti tidak secantik yang itu.

Prestasi pemanduan – lebih matang

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 24

Walaupun menggunakan trenkuasa 1.5L NA yang serupa dengan City RS e:HEV, Honda HR-V RS di Thailand mempunyai 8 PS lebih banyak iaitu pada 106 PS. Malah, motor elektriknya juga menghasilkan 22 PS lebih banyak (131 PS). Honda berbuat begini mungkin sebab HR-V sendiri lebih berat.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 25

Secara teknikal, trenkuasa Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) bermotor kembar yang menghembuskan 253 Nm tork pada HR-V RS di Thailand ini mempunyai 3 mod iaitu:

  • EV – mod elektrik sahaja, sesuai untuk pemanduan dalam bandar atau pada kelajuan rendah
  • Hybrid – mod gabungan untuk memberikan kadar pecutan yang paling kuat
  • Engine – kuasa enjin dihantar terus ke roda, khas untuk pemanduan pada kelajuan tinggi

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 26

Mengenai pemanduan kelajuan rendah, HR-V baharu agak senyap kerana bunyi merengek yang dikeluarkan oleh motor elektriknya tidak berapa kedengaran. Malah, operasi enjin kalau diaktifkan pun tidak begitu bising.

Secara amnya, HR-V RS di Thailand ini cukup senyap dan dari segi kadar penggunaan petrol, Honda mendakwa angka serendah 3.9 liter/100 km. Cukup menjimatkan.

Untuk pengetahuan anda, pelanggan di sana hanya ditawarkan dengan trenkuasa ini tetapi di Malaysia sendiri, HR-V baharu dikhabarkan hadir dengan 3 pilihan enjin iaitu 1.5L NA, 1.5L turbo dan i-MMD.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 27

Satu lagi, HR-V RS yang kami pandu uji ini datang dengan ADAS Honda Sensing yang penuh tetapi yang hebatnya, ia menggunakan brek parkir jenis elektrik (EPB). Ini bermakna kawalan pelayaran adaptif yang dilengkapkan turut ada fungsi stop & go, sesuatu yang tidak ada pada Corolla Cross kerana SUV itu menggunakan brek parkir jenis kaki.

Juga bacaHonda HR-V 2022 serba baru untuk Malaysia - dulu RM 104k - RM 118k, yang baru berapa RM pula?

Mutu pemanduan dan pengendalian – santai dan selesa

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 28

Apa yang kami terus perasan sebaik sahaja memandu HR-V baharu ialah mutu pemanduannya lebih empuk berbanding generasi terdahulu tetapi sejujurnya, Corolla Cross tetap lebih selesa.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 29

Malah kalau mengambil selekoh pada kelajuan yang agak tinggi (kini rasa lebih terapung), ia tetap tidak dapat menandingi SUV itu tetapi jurangnya tidaklah besar.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 30

Apapun, pembeli dalam segmen ini tidak akan merungut kerana walaupun dengan susunan suspensi belakang jenis torsion beam, ia tetap selesa dan maklum balas sterengnya sendiri rasa cukup semula jadi.

Juga bacaLebih ramai minat Honda HR-V baharu berbanding Civic, tempoh menunggu mungkin lebih lama?

Konklusi – raja sudah kembali?

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 31

Secara keseluruhan, kami sebenarnya terpegun dengan Honda HR-V serba baru kerana pakejnya disempurnakan lagi dengan gaya unik, teknologi yang lebih moden dan pendekatan yang lebih matang.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 32

Di samping itu, pemanduan model baharu juga lebih hebat dan ia kekal dengan kekuatan yang kita kenal selama ini iaitu sebuah crossover segmen B yang cukup praktikal.

Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik 33

Jadi, ini atau Corolla Cross? Jawapannya akan terjawab sebaik sahaja anda melihat SUV ini di bilik pameran Honda tidak lama lagi.

Juga bacaHonda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda