Menurut laporan media Thailand, Headlightmag, Toyota telah berjaya menjual 1,258 unit Corolla Cross pada bulan Julai, mengalahkan MG ZS (825 unit), Honda HR-V (532 unit) dan Mazda CX-30 (463 unit).
Secara keseluruhan, MG ZS masih kekal sebagai SUV segmen B kegemaran rakyat Thailand, mencatatkan jumlah keseluruhan 5,355 unit. Tempat kedua pula dirangkul oleh Honda HR-V dengan 4,199 unit terjual.
Namun begitu, Toyota Corolla Cross hanya hadir pada pertengahan tahun 2020 di mana kedua-dua model tersebut telah lama berada dalam pasaran. Mengikut unjuran pertumbuhan, jika Toyota Corolla Cross mampu mengekalkan momentum jualan, MG ZS masih sukar digugat pada tempat pertama secara keseluruhan.
Sangat menarik untuk melihat sambutan yang begitu memberangsangkan pada model Toyota Corolla Cross ini. Toyota Corolla Cross juga dijangka akan hadir ke Malaysia tetapi bukan dalam masa yang terdekat.
Toyota Corolla Cross sudah beberapa kali diintip ketika sesi pandu uji yang menandakan bahawa model ini dirancang untuk pasaran Malaysia. Status model ini juga berkemungkinan besar dipasang tempatan (CKD) bagi memberikan lebih nilai yang kompetitif, apatah lagi dengan kemunculan Proton X50 yang bakal mengegarkan keseluruhan segmen B.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}