window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Toyota Corolla Cross disalah sangka sebagai Proton X50!

Haris · Aug 3, 2020 06:00 PM

Intipan: Toyota Corolla Cross disalah sangka sebagai Proton X50! 01

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook telah memuat naik imej intipan sebuah SUV. Lebih menarik lagi, pengguna tersebut berkongsi imej tersebut di dalam halaman kumpulan peminat Proton X50.

Intipan: Toyota Corolla Cross disalah sangka sebagai Proton X50! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, imej tersebut merupakan sebuah imej pandu uji Toyota Corolla Cross! Rekaan bumper belakang itu sememangnya merupakan sebuah Toyota Corolla Cross. Proton X50 mempunyai bumper belakang dengan corong udara berkembar yang lebih menyerlah.

Intipan: Toyota Corolla Cross disalah sangka sebagai Proton X50! 01

Nampaknya, ramai juga peminat Proton X50 ini. Sampaikan apa sahaja SUV yang ditutup dengan pelekat penyamaran, terus sebut Proton X50. Apa apa pun, memang tidak dinafikan bahawa Proton X50 adalah sebuah SUV yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Intipan: Toyota Corolla Cross disalah sangka sebagai Proton X50! 02

Sementara itu, Toyota Corolla Cross hadir dengan 2 pilihan enjin iaitu enjin 1.8 liter petrol 4-silinder 2ZR-FBE 1(40 PS kuasa kuda, 177 Nm tork) serta enjin 1.8 liter hybrid 2ZR-FXE THS II dengan gabungan enjin petrol (98 PS kuasa kuda, 142 Nm tork) dan motor elektrik (72 PS/163 Nm). Kedua-duanya menggunakan transmisi CVT automatik ke pacuan roda depan.

Intipan: Toyota Corolla Cross disalah sangka sebagai Proton X50! 03

Apa yang menarik mengenai Toyota Corolla Cross adalah SUV ini sarat dengan ciri-ciri yang bagus baik dari segi keselamatan mahu pun keselesaan. Toyota Corolla Cross ini juga dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia hujung tahun ini. Adakah ini percubaan Toyota untuk merebut pasaran yang kini gigih menyimpan duit untuk Proton X50?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda