window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik?

Zamil Syaheer · Feb 18, 2023 04:00 PM

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 01

Minggu ini sarat dengan pelancaran sebuah hatchback cilik tetapi dengan tiga identiti berbeza. Negara Indonesia mengambil langkah pertama dengan Toyota Agya 2023 serba baharu, kemudian Malaysia melancarkan Perodua Axia 2023 D74A, sebelum menyerahkan baton kembali ke Indonesia untuk pelancaran Daihatsu Ayla 2023.

Ketiga-tiga hatchback ini adalah model serba baharu, berkongsi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama. Persoalannya, mana satu antara trio ini yang lebih baik? Jom kita lihat.

Eksterior: Ada beberapa perbezaan

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun ketiga-tiga hatchback ini kelihatan serupa (tiada kejutan di sana), Toyota berjaya membezakan dirinya dengan lebih ketara dengan fasia depan yang mengikut bahasa reka bentuk Toyota semasa.

Sementara itu Ayla dan Axia kelihatan agak serupa. Daihatsu memperoleh gril depan yang lebih sporty dan reka bentuk lampu DRL yang berbeza. Ia juga berkongsi roda yang sama seperti Axia!

Baca juga: Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia!

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 01

Ketiga-tiganya mendapat lampu depan LED dan DRL. Beralih ke bahagian belakang, tidak banyak perubahan yang ketara diantara Agya dan Axia, kecuali reka bentuk lampu belakang Ayla dengan lampu under dan isyarat yang lebih besar serta penambahan reflektor palsu.

Baca juga: 2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam "Baby GR Yaris"!

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 02

Agya GR Sport

Dari segi kelengkapan, Toyota Agya adalah yang terbaik, siap dengan varian GR Sport lagi. Ia dating dengan splitter depan yang amat besar, roda yang lebih menarik dan warna dwi-tona.

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 03

Agya GR Sport

Jika anda tertanya-tanya sama Axia pun boleh mendapat kit yang sama dalam bentuk GearUp, jawapannya mungkin boleh. Tetapi, buat masa ini kebanyakan kit tertumpu pada bahagian interior.

Interior: daripada ‘kosong’ sehingga ‘penuh’

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 04

Kalau dilihat secara mata kasar, masing-masing mempunyai sentuhan pembezaan tersendiri. Hanya Toyota Agya sahaja yang menawarkan paddle shifters pada salah satu varian.

Baca juga: ‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan?

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 05

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 06

Sementara itu, interior Daihatsu kelihatan lebih asas sedikit daripada rakan platformnya. Pada pandangan pertama, apa yang serupa ialah unit infohibur terapung 7-inci (sekurang-kurangnya ia disertakan dengan Android Auto & Apple CarPlay) dan kawalan penghawa dingin digital, tetapi ia tidak mempunyai sebarang butang stereng, apatah lagi kluster instrumen digital.

Baca juga: Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya?

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 07

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 08

Dalam hal ini, adalah jelas untuk melihat Axia mendahului liga yang lain, walaupun pasaran Malaysia tiada ciri Android Auto dan CarPlay.

Prestasi: 1.0L lawan 1.2L

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 09

Pasaran Indonesia mendapat manfaat daripada pilihan enjin yang lebih besar daripada Malaysia, dengan Agya dan Ayla mendapat enjin 1.2 liter aspirasi natural. Selain itu, terdapat juga pilihan enjin VVT-i 1.0 liter untuk Ayla.

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 10

Spesifikasi enjin 1.2 liter 3-silinder belum dikongsikan lagi, tetapi kami yakin ia mirip Rocky/Raize dengan 88 PS dan 113 Nm. Bagi enjin 1.0 liter di Indonesia, kuasa dan tork masih belum didedahkan.

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 11

Untuk Malaysia, hanya enjin 1.0 liter kami perolehi di sini, dengan 68 PS dan 91 Nm. Ketiga-tiganya menggunakan transmisi automatik D-CVT.

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 12

Agya GR Sport menggunakan tayar Dunlop

Ambil perhatian bahawa Agya GR Sport juga mendapat talaan stereng dan suspensi dengan tayar yang lebih baik untuk mencerminkan imej yang lebih sporty.

Keselamatan: Axia menang 'kaw', tiada tandingan

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 13

Mungkin tiada pertandingan, sungguh. Bukan sahaja kawalan kestabilan kini menjadi standard pada semua varian hatchback segmen A baharu ini, malah varian spesifikasi teratas menawarkan 6 beg udara.

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 14

Selain itu, Axia 1.0 AV berspesifikasi tinggi juga menawarkan suite ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA), termasuk Auto High Beam (AHB), Amaran Pelepasan Lorong (LDW), Pencegahan Pelepasan Lorong (LDP), Pemantau Titik Buta (BSM), serta Amaran Pra-Perlanggaran (PCW), Brek Pra-Perlanggaran (PCB), Amaran Pelepasan Kenderaan di Hadapan (FDA) dan Kawalan Tersalah Tekan Pedal (PMC).

Baca juga: Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik? 15

Untuk Agya dan Ayla, susunan keselamatan mereka termasuk bilangan beg udara yang berbeza-beza, bantuan permulaan bukit dan kawalan kestabilan kenderaan.

Baca juga: Perodua Axia AV vs Myvi 1.3 G dengan PSDA - sekitar RM 50k, mana yang lebih baik?

Kesimpulan: Axia 2-0 Ayla, Agya

@wapcar_zamil Amacam geng, mantap tak Axia baru? #tahukahanda #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia #perodua #peroduaaxia #axia2023 #axiabaru ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Kalau kita bandingkan daripada broshur ke broshur, Axia D74A mempunyai ciri yang paling lengkap. Ia cuma tiada ciri Android Auto dan Apple CarPlay sahaja.

Walaupun Axia D74A mempunyai kuasa yang lebih rendah daripada kedua-dua trio Indonesia, tetapi Axia memang menang dari segi suite keselamatan yang lebih memuaskan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda