window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Walau ditekan inflasi, Honda Malaysia akan buat "sebaik mungkin" untuk kekalkan harga bagi 2023

Mersita ยท Mar 20, 2023 12:20 PM

Walau ditekan inflasi, Honda Malaysia akan buat

Honda Malaysia akan terus mengekalkan harga bagi model-model sedia ada bagi tahun 2023 walau berdepan dengan tekanan inflasi yang memberi kesan terhadap keseluruhan industri.

โ€œBuat masa ini, kami terus berusaha untuk mengekalkan posisi kami sekarang. Setakat ini, kami sedang cuba untuk buat sebanyak mungkin dalam melawan peningkatan kos yang sedang dihadapi sekarang,โ€ kata Yujiro Sugino, Penyelaras Eksekutif di Honda Malaysia, dalam satu acara media pada Jumaat.

Ini adalah selepas pesaing utamanya, UMW Toyota Motor, menaikkan harga bagi model terasnya iaitu Toyota Corolla Cross dan juga Hilux โ€“ masing-masing sekitar RM 2,000 dan RM 3,000 lebih mahal โ€“ pada Januari tahun ini. Model-model lain seperti Toyota Corolla Altis, Camry, dan Fortuner juga naik harga; masing-masing sekitar RM 4,000, RM 10,000, dan RM 5,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga bagi Toyota Vios 2023 generasi AC100 yang akan dilancarkan malam nanti juga dijangka akan naik sehingga kira-kira RM 5,000. Anggaran harga bagi varian 1.5E dan 1.5G masing-masing RM 90,000 dan RM 96,000.

Walau ditekan inflasi, Honda Malaysia akan buat

Selain daripada kos bahan mentah, harga tenaga juga semakin naik

Honda Malaysia sebahagian besarnya berdagang menggunakan Dollar AS bagi komponen/alatan bersumberkan Thailand (lokasi kilang induk syarikat bagi rantau ini) dan negara-negara rantau lain. Alatan bersumberkan Jepun pula dibeli menggunakan Yen Jepun.

Honda Malaysia meramalkan volum jualan lebih rendah iaitu 80,000 unit bagi tahun ini (syarikat mencapai 80,290 unit pada 2022); selaras dengan penguncupan 10 peratus dalam volum industri total (TIV) yang diramalkan oleh Malaysia Automotive Association (MAA). Jumlah jualan lebih rendah ini adalah kesan daripada penamatan pengecualian cukai jualan Penjana.

Walau ditekan inflasi, Honda Malaysia akan buat

Walaupun jumlah jualan yang diramalkan lebih rendah, Honda Malaysia yakin yang pelancaran 4 model baharunya nanti โ€“ termasuklah sebuah SUV kecil baharu di bawah HR-V, Honda WR-V 1.5 liter segmen A โ€“ akan melonjakkan bahagian pasaran syarikat dari 11.1 peratus kepada 12.3 peratus tahun ini.

Juga baca: Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Accord & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda