Pertarungan jualan 7 model dalam segman 7-tempat duduk di Thailand kini diterajui oleh Toyota Veloz selama sebulan lagi, ketika model itu terus mendahului jualan pada April 2023 dan kekal B-MPV nombor 1 tahun ini di sana.
Data Autolife.tv menunjukkan kembar Alza ini mencatatkan jualan sebanyak 1,115 unit pada bulan keempat 2023, sedikit penurunan berbanding bulan lalu. Saingan terdekatnya, Mitsubishi Xpander, menyaksikan 1,002 unit terjual pada bulan yang sama.
Perlumbaan 2 kuda bermula awal tahun 2023 dengan Toyota masih mengekalkan kedudukan teratas pada masa ini, dengan 5,042 unit terjual sehingga April. Tidak jauh di belakangnya adalah Mitsubishi dengan 4,359 unit terjual sejak Januari. Kedua-duanya sama kompetitif dalam persaingan B-MPV walaupun di Malaysia.
Sementara itu, Honda BR-V serba baharu kini bergelut untuk meraih jualan di Thailand, malah Suzuki XL7 berjaya memintasnya buat kali keempat berturut-turut. Sebanyak 74 unit Suzuki XL7 dijual pada April (343 YTD) berbanding 49 unit Honda BR-V pada April (312 YTD).
Menamatkan senarai jualan B-MPB ini ialah Toyota Sienta generasi lama yang sudah berumur (46 unit pada April, 199 YTD), peserta baharu Hyundai Stargazer (128 unit pada April dan YTD), manakala Suzuki Ertiga di tempat terakhir (14 unit pada April, 69 YTD).
Berikutan kelemahan jualan Honda BR-V generasi baharu di Thailand, maka tidak hairanlah jika Honda Malaysia mengambil keputusan untuk tidak memperkenalkan model itu ke pasaran kita kelak.
Baca: Honda BR-V digugur dari laman Honda Malaysia selepas 6 tahun, selamat tinggal buat selamanya?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}