Dari RM 58k sahaja, adakah Proton X70 terpakai salah satu SUV paling berbaloi di luar sana?

Bagi anda yang belum tahu, laman ‘Kereta untuk Dijual’ WapCar yang baru sahaja dikeluarkan membolehkan anda mencari tawaran menarik untuk kereta baru, terpakai serta recond di seluruh negara. Antara tawaran paling hebat, khususnya untuk mereka yang mencari kereta keluarga yang berkualiti ialah Proton X70.

Mula diperkenalkan pada 2018, Proton X70 dengan pantasnya menjadi standard untuk apa yang pengguna mahu pada sebuah SUV buatan tempatan. Dari segi teknikal, terdapat dua kemaskini, pertama pada 2020 melalui perubahan kepada transmisi DCT 7-kelajuan. Satu lagi pula pada 2022 melalui pengenalan enjin 1.5L TGDI sama yang berkhidmat pada Proton X50 varian bawah.

Walaupun pernah ada isu kotak gear, Proton X70 terpakai tetap kekal sebagai pilihan menarik, lebih-lebih lagi dengan kebanyakan unit belum lagi menjangkau usia 5 tahun. Harga pula sekitar kurang separuh daripada yang baru.

Juga baca: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar kini 'live', dan ini adalah 5 kereta balik kampung terbaik untuk 2024!

Sebagai konteks, ini adalah harga Proton X70 (CBU China) sewaktu dilancarkan pada 2018:

  • Standard 2WD: RM 99,800
  • Executive 2WD: RM 109,800
  • Executive AWD: RM 115,800
  • Premium 2WD: RM 123,800

Proton menggugurkan varian Executive AWD buat barisan penawaran X70 2020

Harga model 2020 menyaksikan sedikit penurunan, manakala varian baru Premium 2WD menggantikan varian Executive AWD yang tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Harga pada waktu itu pula ditawarkan seperti berikut:

  • Standard: RM 94,800
  • Executive: RM 106,800
  • Premium: RM 119,800
  • Premium X: RM 122,800

Menariknya, dalam laman WapCar’s Car for Sale, harga Proton X70 model awal boleh didapati serendah RM 58k, sehinggalah RM 90k untuk unit yang berusia kurang dari 3 tahun. Waranti daripada pengeluar pula mungkin masih ada.

Kenapa pilih Proton X70?

Antara kekuatan Proton X70 adalah nilai yang berbaloi pada harganya. Ciri yang didatangkan pula setanding SUV lebih mahal, terutama dari segi sistem bantuan keselamatan ADAS.

Secara amnya, X70 menawarkan pakej yang praktikal, pengalaman kabin yang premium dan pemanduan yang selesa tetapi pada harga lebih murah daripada pesaing-pesaing Jepun.

Jadi, apa yang anda perlu teliti?

Pastikan Proton X70 yang anda sudah berkenan diperiksa oleh mekanik yang bertauliah.

Kalau boleh, dapatkan juga pemeriksaan melalui On-Board Diagnostics (OBD) dan pastikan bahagian bawah kereta, brek dan suspensi diteliti betul-betul.

Kalau anda nak tahu, X70 terkenal dengan beberapa isu yang mudah untuk anda kenalpasti. Antaranya seperti di bawah:

  • Kipas penyejuk utama: Tanda-tandanya adalah bunyi bising dan AC tidak berapa sejuk
  • Mounting enjin: Gegaran berlebihan pada rpm bersahaja (idle), terutama varian 1.8 TGDI
  • Transmisi: Kalau ada senggukan pada gear 4 atau 5, maknanya ada masalah

Konklusi

Proton X70 terpakai merupakan antara pembelian paling berbaloi yang boleh anda dapat walaupun pernah mengecewakan dari segi bekalan alat ganti dan isu kotak gear.

Juga baca: Laman mikro "Kereta untuk Dijual" WapCar kini sudah 'live': cuba lihat 5 kereta yang anda tidak boleh beli secara rasmi di Malaysia!

Yang bagusnya, segala isu tersebut mungkin sudah diselesaikan oleh pemilik terdahulu. Senang kata, anda akan mendapat pengalaman pemilikan yang menenangkan.

Jadi, cari Proton X70 terpakai atau pelbagai kereta baru, terpakai atau recond di bahagian Kereta untuk Dijual WapCar.

Beli kereta ini
Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Proton X70 vs Proton X50 Comparison Review in Malaysia, Which Family SUV to Buy?

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Proton X50 Is More EXPENSIVE than Proton X70, How Can?!

Closer Look: 2020 Proton X70 CKD, What's New vs the X70 CBU? Is It Any Better?

2020 Proton X70 CKD Review, Now with 7-speed DCT & Better Features!

Bagi anda yang belum tahu, laman ‘Kereta untuk Dijual’ WapCar yang baru sahaja dikeluarkan membolehkan anda mencari tawaran menarik untuk kereta baru, terpakai serta recond di seluruh negara. Antara tawaran paling hebat, khususnya untuk mereka yang mencari kereta keluarga yang berkualiti ialah Proton X70. Mula diperkenalkan pada 2018, Proton X70 dengan pantasnya menjadi standard untuk apa yang pengguna mahu pada sebuah SUV buatan tempatan. Dari segi teknikal, terdapat dua kemaskini, pertama pada
Ralliart adalah nama yang sinonim dengan warisan sukan permotoran dan kereta berprestasi di bawah Mitsubishi Motors. Pencapaian mereka di atas kerikil, asfalt, salji, pasir, dan apa saja jenis laluan bermula pada tahun 1970-an dan berterusan hingga hari ini. Dalam video terbarunya, Mitsubishi mewawancarai jurutera daripada Kejuaraan Rali Dunia (WRC) terdahulu hingga pasukan Asia Cross Country Rally (AXCR) terkini yang berjaya. Kejayaan Mitsubishi dalam perlumbaan antarabangsa bermula 50 tahun la
Menyusul pengumuman penstrukturan tempoh hari, Toyota Motor Corp menyatakan rakan, Daihatsu akan mula lebih meneliti pembangunan kenderaan elektrik bateri (BEV) kompak. "Kami akan memperluaskan daya tarikan dan potensi kenderaan 'mini', yang boleh dianggap sebagai kenderaan kebangsaan, dan mengambil cabaran BEV kenderaan 'mini'," kata Daihatsu dalam satu kenyataan. Pengeluar kereta utama Jepun terlambat dalam menawarkan BEV saiz kei yang kompak berbanding dengan pesaingnya. Nissan ada model Saku
Chery Holding mengumumkan sebanyak 181,585 kenderaan telah dijual di seluruh dunia pada bulan Mac 2024. Ini merupakan lonjakan sebanyak 45.3% berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas. Dengan itu, pengeluar kereta Anhui tersebut melihat angka jualan kumulatif untuk suku pertama 2024 (S1 2024) meningkat sebanyak 60.3% kepada 529,604 unit. Eksport meningkat sebanyak 40.9% kepada 253,418 unit manakala kenderaan tenaga baharu (hibrid plug-in dan EV bateri digabungkan) melonjak sebanyak 124.3% ke
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley, mengatakan kepada CarsGuide Australia bahawa Toyota Hilux generasi baru akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan berkata "Anda perlu menunggu sehingga tahun '25." Australia merupakan pasaran pandu kanan kedua terbesar bagi Toyota Hilux selepas Thailand, di mana Hilux untuk pasaran Australia dihasilkan. Tiada butiran lanjut dikongsi dan ada kemungkinan varian hibrid plug-in (PHEV) telah dibincangkan. Penambahan varian Hilux PHEV mun

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Neta

Neta V

RM 99,800

Lihat Model
Upcoming
Jaecoo

Jaecoo J6

TBC

Lihat Model
Upcoming
Neta

Neta S

TBC

Lihat Model
Upcoming
Neta

Neta U

TBC

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton X70
Cek Lebih