window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia lawan arus untuk elak sekatan jalan raya, nak balik kampung

Mersita Β· Nov 13, 2020 11:00 AM

Perodua Axia lawan arus untuk elak sekatan jalan raya, nak balik kampung 01

Baru-baru ini satu video tular menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Sungkai dan menyebabkan kemalangan yang melibatkan sebuah treler sarung tangan dan Toyota Rush pada Rabu lepas.

Pemandu treler dan SUV Toyota itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun Toyota Rush itu dilihat berpusing beberapa kali. Dari gambar kemalangan yang diperolehi, Axia dan Rush itu bertembung di bahagian sisi kenderaan masing-masing – barangkali dalam cubaan untuk mengelak tapi tak lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, siasatan awal mendapati yang lelaki itu sedang dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor untuk pulang ke kampung sempena perayaan Deepavali. Suspek dikatakan baru saja selesai membuat ‘swab test’ COVID-19 di Klang dan meneruskan perjalanan pulang ke kampungnya di Bidor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Axia lawan arus untuk elak sekatan jalan raya, nak balik kampung 01

Tapi, apabila suspek tiba di susur masuk Sungkai, suspek memusingkan kenderaan untuk berpatah balik dipercayai mahu mengelak sekatan jalan raya di tol susur masuk berkenaan.

Suspek kemudiannya bertindak memandu di lorong kanan secara melawan arus sejauh 1.4 km dari tol Sungkai sehingga KM 355.4 lebuhraya itu dimana suspek bertembung dengan Toyota Rush tersebut pada kira-kira 6 petang sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan masing-masing.

Perodua Axia lawan arus untuk elak sekatan jalan raya, nak balik kampung 02

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bidor pagi semalam. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM 5,000 dan penjara serta hilang kelayakan lesen memandu.

Dengan larangan rentas negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, adalah lebih elok jika kita tidak bertindak terburu-buru dan duduk di rumah bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Tidak dinafikan agak sukar bagi kita untuk meraikan perayaan jauh dari keluarga, tapi risikonya terlalu berat untuk ditanggung. Selamat Hari Deepavali kami ucapkan untuk seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda