window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati!

Haris · Aug 13, 2020 10:00 AM

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati! 01

Dunia yang tidak memerlukan kereta manual adalah dunia yang membosankan. Jika anda berada dalam golongan peminat manual, ini satu berita baik untuk anda. Jika anda juga sebahagian daripada golongan peminat hatchback berprestasi tinggi, baca artikel ini sampai habis!

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami menemui sebuah Volkswagen Golf GTI Mk 7 dengan transmisi manual. Di Malaysia, kesemua unit Volkswagen Golf (TSI, GTI dan R) dijual dengan transmisi DSG dwi klac (dual clutch) automatik. Merujuk kepada bacaan wikipedia, transmisi manual tersebut berkemungkinan besar adalah transmisi manual 6-kelajuan.

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati! 01

Dengan model-model seperti Ford Focus dan Volvo V40 yang telah keluar dari pasaran Malaysia, Volkswagen Golf menjadi satu-satunya hatchback segmen C Eropah yang terjual. Hal ini menjadikan Volkswagen Golf GTI Manual lebih mendapat perhatian peminat-peminat hot hatch di Malaysia.

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati! 02

Volkswagen Golf Mk7 GTI dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter (TSI) berkuasa turbo yang mampu menjana sebanyak 220 PS kuasa kuda dan 350 Nm tork. Volkswagen Golf Mk7 GTI standard mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 6.5 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi sehingga 245 km/j.

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati! 03

Tambahan spesifikasi yang diberitahu oleh penjual kereta ini adalah tawaran DCC (Dynamic Chassis Control) yang memberikan 3 mod sistem suspensi (Comfort, Normal dan Race). Selain itu, terdapat butang penghidup enjin, kemasukan tanpa wayar dan bumbung suria. 

Barang Rare: VW Golf Mk 7 GTI Manual. Idaman peminat hot hatch sejati! 04

Jika anda berminat dengan sebuah Volkswagen Golf Mk 7 dengan transmisi manual, harganya sememangnya setanding dengan status kereta conti. Harga sekitar RM 160k - RM 169k ditawarkan oleh penjual, namun tidak dinafikan harga tersebut sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Beli di: Facebook Car Market

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda