window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean

Zamil Syaheer ยท Mar 18, 2022 05:30 PM

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean 01

Selain Toyota dan Daihatsu, satu lagi jenama penting yang menyumbang kepada industri automotif Indonesia yang berkembang pesat ialah Honda yang telah mengeksport model pemasangan tempatan (CKD) ke luar negara sejak 1992.

Honda BR-V 2022 serba baharu sedang menerajui cita-cita PT Honda Prospect Motor (HPM) dengan 69 unit menaiki bot ke Caribbean.

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada mengeksport ke pasaran di seluruh Asia Tenggara, BR-V binaan Indo akan dieksport ke sekitar 30 negara di seluruh dunia. Pasaran terbaharu yang bakal menerima crossover 7 tempat duduk serba baharu ini termasuk Barbados, St. Lucia dan Trinidad dan Tobago.

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean 01

69 unit itu merupakan kumpulan pertama eksport ke Hindia Barat manakala HPM merancang untuk mengeksport 6,000 unit BR-V ke seluruh dunia pada 2022.

Baca juga: Presiden Jokowi – jualan sampai 2 juta, Indonesia antara kuasa eksport kereta terbesar di dunia!

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean 02

Selama 30 tahun, HPM telah mengeksport kenderaan dan komponen kenderaan ke negara termasuk Jepun, Thailand, Malaysia, Vietnam, Singapura, Afrika Selatan, Filipina, Taiwan, India, Pakistan, Mexico dan Brazil.

Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita, berharap HPM dapat membantu menyumbang kepada misi negara untuk mengeksport 1 juta kenderaan secara keseluruhan menjelang 2025.

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean 03

BR-V sebelum ini dipasang di pelbagai negara serata dunia, tetapi generasi serba baharu ini akan melihat Indonesia sebagai hab pengeluaran utama bagi crossover itu.

Bagaimanapun, pengenalannya di Malaysia akan dibuat kemudian kerana pengeluaran CKD memerlukan masa yang lebih lama untuk membolehkan kilang dan pembekal tempatan bersedia berbanding import sepenuhnya (CBU).

Baca juga: MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022!

Dari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean 04

Menurut Pengarah Inovasi Perniagaan dan Jualan & Pemasaran PT HPM, Yusak Billy, destinasi seterusnya  bagi BR-V pada akhir tahun ini termasuk Thailand, Filipina, Bangladesh dan Sri Lanka. Jualan Vietnam hanya akan bermula pada 2023 kerana negara itu menggunakan bahan api Euro 6.

Baca juga: Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda