window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'?

Haris ยท Jun 8, 2021 05:00 PM

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 01

Setelah pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016, Honda BR-V kini telah mencapai usia model 5 tahun. Kedengaran seperti tak begitu lama tetapi apabila anda membandingkannya dengan model Honda lain terkini, ia terasa seperti model yang sangat memerlukan nafas baharu.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 02

Model konsep Honda N7X yang dilancarkan baru-baru ini juga merupakan petanda bahawa Honda BR-V akan diganti; masih mengikuti formula 7 penumpang yang sama walaupun Honda memberi 'gambaran' bahawa N7X dan BR-V adalah 2 model berasingan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 01

Jika inilah situasinya, model ketiga pembangunan Honda R&D Asia Pasifik ini mampu bertahan dalam pasaran - sekiranya ia mampu meningkatkan mutu dan memenuhi syarat-syarat berikut.

Tingkatkan keselesaan, peredam bunyi yang lebih baik

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 02

Secara umumnya masalah utama yang perlu diperbaiki adalah kabin yang bising. Tugas peredaman bunyi Honda BR-V agak teruk, lebih tinggi berbanding Perodua Aruz / Toyota Rush pada semua tahap kelajuan dari 60 km/j hingga 110 km/j.

Tahap bunyi Honda BR-V
Kelajuan Tahap bunyi
60 km/j 63 dB
90 km/j 69 dB
110 km/j 71 dB

Sebagai perbandingan, berikut adalah tahap bunyi pada Perodua Aruz:

Tahap bunyi Perodua Aruz
Kelajuan Tahap bunyi
60 km/j 60 dB
90 km/j 64 dB
110 km/j 70 dB

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 03

71 dB pada 110 km/j adalah angka yang sedikit tersasar daripada standard kenderaan yang biasa kami uji bahkan Proton Exora juga mencatatkan bacaan sebanyak 70 dB pada 110 km/j.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 04

Kekuatan Honda BR-V yang menawarkan perjalanan yang selesa dan pengendalian yang baik 'dicemari' dengan kelemahan di mana penumpang anda tidak dapat tidur lena di dalamnya kerana terlalu bising. Lebih-lebih lagi dalam kenderaan 7 penumpang.

Ciri keselamatan yang dipertingkat

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 05

Butang kawalan pemandu hanya ada ESC

Dalam keadaannya sekarang, ciri keselamatan standard Honda BR-V mengingatkan kita mengenai tahap keselamatan jalanraya di negara mundur. Manakan tidak, untuk kenderaan 7 penumpang, ia hanya dilengkapi 2 beg udara. *Batuk* Xpander

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 06

Honda BR-V langsung tidak mempunyai ciri moden seperti Honda LaneWatch, apatah lagi ciri keselamatan aktif seperti brek kecemasan autonomi (nama popular AEB, turut dilengkapi pada duo Perodua / Toyota).

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 07

Tapi ada satu sinar harapan, Honda mendengar keluhan warga negara membangun ini kerana Honda N7X concept dilihat mempunyai kamera LaneWatch, memberi petanda bahawa ciri keselamatan yang lebih baik akan tiba.

Pakej menarik, ciri kelengkapan terkini

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 08

Sistem infotainment Honda BR-V yang terasa lengah

Kehadiran Mitsubishi Xpander telah meningkatkan lagi saingan dalam pasaran kenderaan 7 penumpang ini, di mana Mitsubishi tidak mengganggu Honda secara sengit di pasaran segmen lain.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 09

Xpander adalah crossover bertemakan ruang

Mitsubishi Xpander 'menyekolahkan' BR-V pada aspek ruang penyimpanan, menawarkan tempat tersembunyi di bawah tempat duduk penumpang depan dan juga lantai but bertingkat, kedua-duanya berguna untuk menyorokkan pandangan dari mata yang memerhati.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 10

Xpander juga menawarkan perehat lengan konsol tengah yang lebih besar dan dalam, sesuatu yang tidak dimiliki oleh Honda BR-V. Siapa terfikir Mitsubishi mempunyai susun atur yang lebih baik berbanding Honda - raja praktikaliti kabin? Hanya dalam segmen ini.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 11

Percuma dengan Xpander

Selain ciri-ciri yang disebutkan, Mitsubisihi Xpander turut menawarkan kamera pandangan 360 darjah pada skrin tengah seluas 9-inci. Honda baru-baru ini mula menawarkan ciri yang sama sebagai pilihan tambahan tetapi dengan tambahan harga RM 3,300.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 12

Mitsubishi Xpander juga menawarkan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay - kedua-duanya tiada pada Honda BR-V.

Konklusi - Pesaing dah tepu, produk perlu dipertingkat

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 13

Honda BR-V masih MPV yang menawarkan praktikaliti ruang tempat duduk, penampilan yang lebih menarik, kecekapan bahan api dan prestasi terbaik dalam kelasnya. Aspek mekanikal Honda memang tak dapat dinafikan tetapi ciri-ciri kelengkapan memerlukan naik taraf yang ketara.

Honda BR-V generasi baru perlu naik taraf ini untuk mencapai maqam 'king MPV'? 14

Namun pasaran utama model ini - Indonesia, Vietnam dan sebagainya mungkin mempengaruhi keputusan pembangunan model generasi baharu tetapi ia perlu diseimbangkan dengan keperluan semasa negara seperti Malaysia dan Thailand. Itu pun, jika Honda masih berminat sebab Proton juga dah mula memandu uji Proton X90 - SUV 7 penumpang dari Geely!

Bacaan Lanjut:

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar?

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Potong stim: Honda BR-V 2020, kenapa ada 2 beg udara saja?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda