window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)?

Faisal Β· Feb 21, 2022 01:00 PM

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 01

  • Toyota Innova pertama yang berpacuan roda depan?
  • Diintip di Thailand tetapi mungkin untuk pembangunan
  • Indonesia kekal menjadi hab buat Innova serba baru

Toyota Innova selama ini dibangunkan berdasarkan penggunaan di Indonesia yang mana ia perlu tahan lasak. Oleh kerana itu, MPV ini menggunakan format pacuan roda belakang (RWD). Walau bagaimanapun, Toyota Innova generasi seterusnya mungkin bertukar ke format pacuan roda depan (FWD).

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 02

Innova model sekarang.

Perkara ini diketengahkan oleh Indra Fathan berikutan satu intipan yang dimuat naik dalam Facebook Veloz Club Thailand tetapi hantaran itu telah dibuang.

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, kelibat Innova yang diperlihatkan tersebut adalah di Thailand. Pemilihan lokasi di negara lain mungkin dibuat atas tujuan pembangunan dan penilaian kenderaan itu sendiri.

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 01

Kalau anda perasan, samaran ini tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia sebuah Toyota tetapi secara mata kasar, ia nampak hampir sama dengan Innova sekarang. Berdasarkan apa yang dapat dilihat, Toyota Innova generasi seterusnya mungkin hadir dengan lampu belakang jenis LED dan rim tayar yang lebih besar.

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 02

Secara amnya, Toyota Innova serba baru nanti akan jauh lebih moden berbanding model sekarang. Selain pacuan roda depan, ia juga mungkin dibina berdasarkan platform jenis monocoque. TNGA pun tidak mustahil. Untuk makluman anda, Toyota Innova selama ini menggunakan platform IMV yang turut dikongsi oleh model lasak seperti Hilux dan Fortuner.

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 03

Bagi anda yang belum tahu, Innova generasi seterusnya juga akan datang dengan enjin hibrid untuk ganti unit diesel yang telah lama berkhidmat di pasaran sana. Enjin petrol pula akan kekal dan Innova baharu nanti akan jadi model elektrifikasi Toyota yang pertama buat pasaran Indonesia.

Juga bacaToyota Innova Hybrid jadi hibrid pertama keluaran Indonesia, bakal menyusul ke Malaysia?

Diintip di Thailand, adakah ini Toyota Innova baharu yang berpacuan roda depan (FWD)? 04

Secara amnya, Innova baharu dijangka debut sekitar akhir 2022, mungkin seawal bulan Oktober. Tetapi dengan platform yang cukup lasak selama ini, mampukah Innova baru nanti kekal dengan reputasi tersebut? Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda