window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar?

Faisal · Sep 12, 2021 12:00 PM

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 01

Akhir bulan lepas, Geely telah merasmikan Geely Emgrand 2021 serba baru. Model Emgrand generasi baru ini diposisikan lebih tinggi daripada Geely Yuanjing (Vision).

Di China, Geely Emgrand 2021 bermula pada harga CNY 69,900 (~RM 45k) untuk varian manual dan mencecah setakat CNY 88,900 (~RM 58k) sahaja untuk varian teratas.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau diikutkan, julat harga ini meletakkannya dalam kereta segmen B yang mana ia disaingi oleh Toyota Vios dan Honda City. Menariknya, saiz Geely Emgrand sebenarnya lebih dekat dengan kereta segmen C seperti Honda Civic dan Toyota Corolla.

Dah alang-alang saiz yang lebih kurang, apa kata kita bandingkan di antara mereka.

Juga bacaDilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik?

Dimensi – Emgrand sasarkan sehingga ke segmen C

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 01

Secara teknikal, Geely Emgrand serba baharu memiliki ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, dan 1,460 mm tinggi. Jarak rodanya pula sepanjang 2,650 mm. Perbandingan dimensi ini dengan Corolla dan Civic adalah seperti berikut:

Perbandingan dimensi
Model Emgrand Civic Corolla
Panjang (mm) 4,638 4,658 4,635
Lebar (mm) 1,820 1,800 1,780
Tinggi (mm) 1,460 1,416 1,455
Jarak roda (mm) 2,650 2,700 2,700

Dalam segmen sendiri pula, perbandingan Geely Emgrand baharu dengan Honda City dan Toyota Vios adalah seperti di bawah:

Perbandingan dimensi
Model Emgrand City Vios
Panjang (mm) 4,638 4,450 4,435
Lebar (mm) 1,820 1,695 1,700
Tinggi (mm) 1,460 1,477 1,490
Jarak roda (mm) 2,650 2,600 2,550

Kalau anda lihat, Geely Emgrand jelas lebih panjang dan lebar berbanding pesaing di kelas yang sama.

Juga bacaGeely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus!

Eksterior – beraspirasikan kereta bajet

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 02

Secara mata kasar. Geely Emgrand jelas nampak seperti kereta yang mementingkan penggunaan rakyat. Penampilannya juga tidak nampak agresif seperti Civic dan Corolla.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 03

Pada bahagian tepi, Geely Emgrand memperlihatkan reka bentuk sedan yang lebih tradisional. Begitu juga dengan Corolla tetapi Civic sedikit lain kerana bumbung belakangnya lebih kepada reka bentuk fastback.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 04

Beralih ke bahagian belakang, Civic ternyata paling menyerlah kerana bentuk lampunya sendiri cukup unik. Corolla dan Emgrand pula lebih konservatif.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 05

Saiz roda Geely Emgrand dan Corolla pula ditawarkan dari 15 ke 17 inci. Civic pula hadir dengan pilihan roda 16 dan 17 inci.

Interior – Ringkas dan kemas

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 06

Masuk ke bahagian dalam, Geely Emgrand menonjol dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci dan infotainment terapung 10.25 inci. Menjadi model terkini, ia turut disokong oleh perisian GKUI yang paling baru.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 07

Cumanya, kabin Geely Emgrand yang begitu mementingkan unsur simplistik tidak menerapkan tombol kawalan penyaman udara jenis fizikal. Bagi anda yang belum tahu, tombol fizikal sebenarnya lebih mudah untuk diguna dan ciri ini masih dikekalkan pada Civic dan Corolla.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 08

Bercakap mengenai kluster instrumen digital sebentar tadi, Geely Emgrand menawarkan saiz yang paling besar di antara ketiga-tiga saingan ini. Untuk pengetahuan anda, Corolla hadir dengan ukuran 12.1 inci, manakala kluster instrumen pada Civic pula hanya bersaiz 7 inci.

Keselamatan – Emgrand tidak dilengkapkan dengan ADAS

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 09

Di sinilah Emgrand jelas dibangunkan untuk segmen lebih bawah kerana ciri keselamatannya tidak boleh lawan Civic ataupun Corolla langsung.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 10

Kalau anda nak tahu, varian lebih atas untuk Civic dan Corolla lengkap dengan kawalan pelayaran adaptif (ACC), lane keep assist (LKA), lane departure warning (LDW), forward collision warning (FCW), dan brek kecemasan autonomi (AEB).

Walaupun Geely Emgrand tiada ciri ADAS yang disebutkan, varian yang paling atas tetap datang dengan kamera 360-darjah, 6 beg udara, dan kawalan kestabilan dan cengkaman,

Trenkuasa – Masih di belakang Honda Civic

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 11

Selain kekurangan dalam aspek ciri keselamatan, unsur bajet pada Geely Emgrand baharu turut dilihat pada trenkuasanya.

Dari segi teknikal, kesemua varian hadir dengan enjin petrol 1.5L aspirasi natural yang menghasilkan 109 PS dan 147 Nm tork. Walaupun angka ini tidak memukau langsung, ia mungkin cukup untuk kereta seberat 1,200 kg.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 12

Civic 1.0L turbo di China pakai emblem 180 Turbo.

Jika dibandingkan, Honda Civic spec China ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa. Yang pertama adalah enjin 1.0L turbo 3 silinder (125 PS, 173 Nm tork), iaitu yang sama digunakan pada Honda City di Thailand. Enjin ini didatangkan dengan transmisi CVT.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 13

Yang kedua pula adalah enjin 1.5L turbo (177 PS, 220 Nm tork) yang turut dipadankan dengan transmisi CVT. Uniknya, pelanggan juga boleh spesifikasikan enjin ini dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 14

Mengenai Corolla pula, penawaran enjin di pasaran China hadir dengan pilihan trenkuasa 1.2L turbo (116 PS, 185 Nm tork), 1.5L aspirasi natural (121 PS, 148 Nm tork), dan 1.8L hibrid (122 PS).

Harga – tiada bandingan kerana Emgrand cukup murah

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 15

Kalau anda nak tahu, harga Geely Emgrand serba baru sangatlah murah iaitu dari CNY 69,900 (~RM 45k) hingga CNY 88,900 (~RM 58k).

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 16

Toyota Corolla pula berharga antara CNY 109,800 (~RM 70k) ke CNY 159,800 (~RM 103k). Mengenai Honda Civic, ia ditawarkan pada harga CNY 119,900 (~RM 77k) sehingga CNY 169,900 (~RM 109k).

Kiranya dari segi harga, Geely Emgrand betul-betul mengalahkan kereta di segmen C.

Konklusi – Harga seperti sedan segmen B tetapi dengan jarak roda mirip segmen C

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 17

Apapun, Geely Emgrand kekal sebagai sedan bajet.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 18

Walaupun bahagian luar dan dalamnya direka dengan begitu baik, unsur ekonominya tetap menonjol pada aspek trenkuasa (tiada turbo atau pilihan hibrid), keselamatan (tiada ADAS), dan kabin (stereng tiada larasan teleskopik).

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 19

Untuk mereka yang mempunyai bajet dalam lingkungan harga yang sama, agak sukar untuk menafikan nilai yang dibawa oleh Geely Emgrand serba baru.

Namun apabila dibandingkan dengan pesaing di segmen C, kekurangannya nampak begitu jelas sekali. Tetapi kalau difikirkan betapa murahnya harga Geely Emgrand, perkara tersebut mungkin tidak menghairankan pembeli langsung.

Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar? 20

Bagaimana dengan Malaysia?

Buat masa ini, Proton tidak mempunyai sebarang pelan untuk mengeluarkan sedan yang baru.

Juga bacaProton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga?

Sebaliknya, mereka sedang meletakkan fokus pada kereta jenis SUV. Lagipun, Proton X90, iaitu SUV 7 tempat duduk yang berasaskan Geely Haoyue sudah menjadi bahan perbualan yang hangat sejak kebelakangan ini. Maklumlah, ia juga pernah diintip sewaktu berlegar di tanah air kita beberapa bulan yang lepas.

Juga bacaProton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda