window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat?

Haris · Jul 28, 2020 06:00 PM

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 01

Kegilaan dengan Honda Civic sememangnya dilihat agak keterlaluan. Lagi-lagi bila orang sudah mula mengumpul model ini sebagai hobi. Paling terbaru yang kami temui, Honda Civic EK9 telah dijual dengan harga RM 300,000.

Kami juga meminati Honda Civic. Kami mengakui bahawa Honda Civic FD adalah model Honda Civic terhebat sepanjang zaman. Ternyata, ramalanku benar belaka (lagu).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 01

Kali ini, sebuah Honda Civic FN2 (varian FD2 untuk pasaran UK) telahpun dibuka untuk jualan sebanyak HKD 688,000 (RM 377,535). Jadi apa yang menyebabkan kereta ini mencapai harga yang kurang masuk akal ini?

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 02

Pertama sekali, ini bukan Honda Civic biasa. Ini adalah Honda Civic Type R. Kedua, ini bukan sekadar Type R biasa. Ini adalah Type R Mugen. Mugen telah menala kereta ini dengan kuantiti ultra-terhad dan kualiti binaan yang ditempa dengan tangan.

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 03

Kereta ini dikatakan mempunyai camshaft dan piston yang dipertingkatkan, ekzos keluli tahan karat dan lebih baik bahkan ia didatangkan dengan ECU yang boleh disesuaikan dengan gaya pemanduan peribadi pemiliknya.

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 04

Selain itu, model ini dilengkapi dengan roda keluli ringan, kaliper brek monoblock empat piston dan suspensi yang dipertingkat. Rekaan keseluruhannya juga ditambah dengan bumper yang lebih agresif, spoiler yang lebih besar, lencana Mugen dan pilihan cat putih Championship White.

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 05

Kesemua tambahan yang diberikan ‘hanya’ memberikan kuasa kuda sebanyak 237 PS. Walaupun begitu, apa yang membuatkan harganya mencanak tinggi adalah hanya 20 unit sahaja dijual di seluruh dunia. Model ini adalah unit ke #21 iaitu unit terakhir bagi model ini.

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat? 06

Belum cukup setimpal lagi harga tu? Model ini dijual oleh Contempo Concept, sebuah pengedar kereta unik di Hong Kong, di mana pemilikan kereta menelan kos yang sangat tinggi hasil daripada struktur cukainya. 

Jarak perbatuan sekadar 17,000 km pada odometer menandakan bahawa kereta ini sememangnya sebuah barang pengumpul (collector’s item). Dengan harga dan spesifikasi sebegini, adakah berbaloi harga tersebut dengan keretanya?

Sumber: The Drive

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda