![Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM! 01]()
Japan Domestic Market (JDM) memang dipenuhi dengan model-model yang dicemburui ramai peminat kereta. Untuk itu, tidak hairanlah sebuah Honda Civic lama mencapai harga yang sangat tinggi baru-baru ini.
![Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM! 02]()
Honda Civic EK9 Type R hot hatch dengan jarak perbatuan hanya 2549 km telah di lelong di Jepun dengan harga 7.64 juta Yen iaitu RM 304,400.00.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM! 01]()
Model ini merupakan Honda Civic Type R yang pertama, turut didatangkan dengan warna hitam yang asal. Lebih menarik lagi, hampir kesemua Honda Civic EK9 Type R ini dikeluarkan dengan warna putih Championship White lalu menaikkan lagi nilai kereta ini.
![Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM! 02]()
Masih setia dengan kelengkapan asal, Honda Civic EK9 Type R hot hatch ini mempunyai radio asal dengan tempat duduk Recaro sport berwarna merah asal. Tempat duduk belakang pula kelihatan seperti tidak pernah digunakan.
![Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM! 03]()
Kereta Jepun berprestasi tinggi yang dipelihara dengan baik dengan jarak perbatuan yang rendah mula mengaut nilai yang tinggi di seluruh dunia. Hal ini kerana hanya sedikit sahaja kereta-kereta sebegini berada dalam keadaan asal.
![Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM! 04]()
Selain itu, kereta-kereta seperti ini mampu mencapai harga yang tinggi kerana turut digunakan dalam filem pertama francais The Fast and The Furious pada tahun 2001. Lagipun, memang rata-rata peminat kereta dipupuk minat melalui filem-filem yang berkisarkan dengan kereta.
Jika anda ada sebuah Honda Civic EK9 Type R, hati-hatilah dalam menjaganya. Untung ayam nampak di kaki, untung anda mungkin pada sebuah Honda Civic EK9 terpakai.
Sumber: OZM Auto Action
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });