Honda Jazz, kereta klon paling banyak tumpas di Kelantan!
Haris · Feb 19, 2021 11:00 AM
Kereta klon mungkin nampak menarik dengan tawaran harga yang sangat murah tetapi ia sebenarnya duri dalam daging. Untuk pembeli kereta klon yang merasa selamat kerana tinggal di tempat yang terpencil, fikirkan semula.
“Berdasarkan statistik pada tahun lalu, sebanyak 7 buah kereta Honda Jazz klon disita berbanding kenderaan lain sebanyak 3 buah iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dan sebuah Toyota Estima.
“Mereka dipercayai mengambil jalan mudah untuk membeli kereta klon tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Ia boleh memberi implikasi kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans,” katanya
Gambar hiasan
Model Honda Jazz klon tersebut dijual pada harga yang tidak masuk akal, hanya RM 10,000 berbanding harga baharu sekitar RM 80,000. Model kereta klon ini boleh dibeli di laman web dan berasal dari Singapura sebagai kereta lupus.
Rekod tahunan yang dilaporkan oleh JPJ Kelantan adalah sebanyak 11 buah kereta klon pada tahun 2020 dan 10 buah pada tahun 2019.
Ujarnya lagi, rekod keseluruhan kenderaan klon yang disita oleh JPJ sehingga tahun ini adalah sebanyak 155 buah dengan harga pembelian serendah RM 4,500.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen