window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi!

Haris · Mar 30, 2023 09:00 AM

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi! 01

Mitsubishi Triton generasi sekarang sudah mencecah hampir 10 tahun dalam pasaran justeru model generasi baharu tentunya dalam perancangan.

Buat masa ini, Mitsubishi Motors baru sahaja mempamerkan Mitsubishi XRT Concept di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023. Walaupun ia mempunyai nama yang berbeza, model konsep ini pada dasarnya adalah pratonton mengenai rekaan versi pengeluaran Mitsubishi Triton 2023 serba baharu.

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi! 02

Mitsubishi XRT Concept

Diilhamkan oleh pandangan helang yang tajam, Mitsubishi Triton serba baharu mempunyai ekspresi yang lebih garang di bahagian depan dan hud dengan garis badan yang lebih menonjol, bergerak ke sisi dengan gaya bertema yang berani dan lebih bersegi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imej lakaran daripada Kolesa.ru memberikan lebih perincian mengenai apa yang bakal ditawarkan pada Mitsubishi Triton generasi ke-6.

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi! 01

Pembaharuan yang diberikan adalah rekaan sudut yang lebih tajam. Gril besar hadapan diapit antara dengan sepasang acuan berbentuk C lebar. Kekal dengan fesyen "dua tingkat": di bahagian atas terdapat blok sempit dengan tiga elemen LED berbentuk L, dan sedikit lebih rendah di bumper terletak lampu utama nyalaan rendah dan tinggi.

Bergerak ke bahagian sisi pula, lengkung yang menonjol dan mendatar diberikan, melingkari fender dan memasuki bahagian pintu. Di bahagian belakang pula, trak pikap ini diberikan lampu sudut yang lebih besar.

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi! 02

Berdasarkan perjanjian sebelum ini, Mitsubishi Triton generasi baharu juga akan dibangunkan dengan kerjasama Nissan justeru Nissan Navara generasi seterusnya mungkin akan berkongsi enjin yang sama. Khabar angin berspekulasi bahawa enjin 2.4 liter turbodiesel MIVEC (181 PS/430 Nm) dikekalkan ke generasi baharu ini.

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi! 03

Selain daripada pilihan enjin konvensional, Mitsubishi Triton generasi baharu juga boleh menawarkan rangkaian kuasa hibrid kerana Mitsubishi mempunyai komitmen untuk meliputi model elektrifikasi dalam barisan jualannya. Sungguhpun begitu, Mitsubishi Triton Hybrid hanya boleh diperkenalkan seawal tahun 2025 jika benar.

Baca: Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru

Imej lakaran Mitsubishi Triton generasi baharu tampil garang, rekaan Dynamic Shield lebih bersegi! 04

Berdasarkan pelancaran sebelum ini, Mitsubishi Triton generasi ke-6 akan datang selalunya diumumkan di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok. Prebiu (merujuk kepada Mitsubishi XRT Concept) sudah didedahkan justeru ia dijangka akan dilancarkan seawal Jun 2023.

Baca: Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda