Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R!
Zamil Syaheer · Sep 14, 2020 05:45 PM
0
0
Anda rasa kit badan Drive68 kurang agresif dan garang? Atau anda sukakan rupa kit badan Honda Civic Type-R dan inginkan sedikit sentuhan inspirasi daripadanya?
Amotriz, sebuah syarikat pakar dalam kit badan di Thailand ada jawapannya. Mereka telah melancarkan kit badan yang diberi nama LUMGA.
Ia datang dengan reka bentuk yang sungguh agresif dengan lekukan tajam serta futuristik, ala Civic Type-R dan Nissan GT-R R35.
Kit badan ini merangkumi bampar depan, skirting sisi, bampar belakang dengan tiga paip ekzos ala Civic Type-R, spoiler belakang dengan ducktail dan akhir sekali opsyen untuk menambah bonet depan custom.
Adakah anda suka dengan rupa asal Almera yang baru ini, atau anda tak sabar untuk memberi sentuhan kit badan yang agresif seperti ini? Tinggal komen anda di bawah!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.