window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid

Mersita Β· Dec 8, 2021 05:00 PM

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 01

Sebagai usaha untuk memperkenalkan kereta mesra alam, pengeluar kereta berusaha untuk mencari satu pendekatan bagi menangani cabaran dalam penghasilannya. Mazda, misalnya, menggunakan beberapa kaedah bagi menyediakan pelbagai opsyen trenkuasa dalam barisan tawarannya dan dengan ini, terlahirlah Mazda 2 Hybrid.

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 02

Antara cabaran terbesar bagi pengeluaran model ini ialah kos pembangunannya. Oleh sebab itu, Mazda mengambil langkah ‘rebadging’ atau pelencanaan semula model sedia ada. Mazda akan melancarkan Mazda 2 versi hibrid, namun rupa bentuknya tak sama seperti model 2 yang biasa kita lihat kerana ia secara dasarnya ialah Toyota Yaris Hybrid yang dilencanakan semula.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 01

Dengan kolaborasi antara dua pengeluar kereta ini, Mazda 2 Hybrid akan menjadi model hibrid penuh pertama bagi jenama itu.

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 02

Baca juga: Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!

Ia akan dilancarkan pada 2022 dan ia nampak serupa dengan Yaris Hybrid yang sudah berada di pasaran sejak 2020, hanya lencananya saja berbeza.

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 03

Selain daripada penjimatan kos pembangunan, salah satu faktor utama langkah pelencanaan semula ini ialah pengurangan pembebasan gas karbon dioksida dari ‘fleet’ ini. Mazda 2 Hybrid akan dijual seiring dengan Mazda 2 sedia ada, dan ini bermaksud anda boleh nampak perbezaan pada reka bentuk kedua-dua versi ini.

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 04

Serupa seperti Yaris Hybrid, Mazda 2 Hybrid juga akan mempunyai enjin petrol 1.5 liter 3 silinder berserta motor elektrik 79 PS bagi menghasilkan janaan penuh sistem sebanyak 114 PS.

Walaupun janaan kuasanya biasa-biasa saja, lebih menarik ia memberikan pulangan penjimatan minyak antara 30 km/liter dan 31.6 km/liter berserta pembebasan karbon dioksida serendah 87 g/km, bergantung kepada spesifikasi.

Baca juga: Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback?

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 05

Sama seperti Yaris, Mazda 2 Hybrid boleh bergerak atas pacuan elektrik semata-mata dalam tempoh yang pendek-pendek dan memacu bersama dengan enjin pembakaran bagi kondisi pemanduan biasa. Pek bateri kecilnya boleh dicas dengan brek regeneratif.

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 06

Mazda merancang untuk menawarkan tiga gred bagi Mazda 2 Hybrid di Eropah – Pure, Agile, dan Hybrid Select. Perincian bagi gred-gred ini belum dapat disahkan buat masa sekarang, namun maklumat terperinci termasuklah harganya mungkin akan didedahkan beberapa hari sebelum pelancarannya. Sama seperti kereta asasnya iaitu Yaris Hybrid, penilaian keselamatan Euro NCAP untuk Mazda 2 Hybrid juga bertaraf lima bintang.

Mazda tampal lencana pada Yaris Hybrid dan namakannya Mazda 2 Hybrid 07

Mazda dan Toyota sudah bekerjasama sejak 2015 dengan pelbagai kolaborasi selaras dengan tunjang perniagaan mereka dalam penghasilan kereta, antaranya pembinaan kilang hasil usaha sama yang utuh.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Hatchback 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda