Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S!

Zamil Syaheer · Jun 2, 2020 11:48 AM

Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S! 01

Mercedes-Benz Malaysia baru saja melancarkan 2020 Mercedes-AMG CLA 45 S, dengan duo A45 S AMG hatchback dan A35 AMG hatchback. Sedan berprestasi tinggi ini bermula pada harga RM 448,888 (di-atas-jalan, tanpa insuran).

Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S! 01

Sama seperti A45 S, CLA 45 S memakai enjin 2.0 liter M139 empat-silinder turbo petrol yang mempunyai kuasa sebanyak 421 PS dan 500 Nm tork, digabungkan sekali dengan transmisi dual-clutch 8-kelajuan. Lambang 4Matic+ di sisi bonet belakang bermaksud CLA 45 S ini dilengkapi dengan sistem all-wheel drive.

Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S! 01

Dengan enjin yang gah, CLA 45 S hanya mengambil masa 4 saat dari 0-100 km/j, sebelum mencapai kelajuan tertinggi sebanyak 270 km/j.

Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S! 02

Coupe 4 pintu ini datang dengan kelengkapan ini sebagai standard:

  • Lampu depan Multibeam LED
  • 19-inch AMG rim forged alloy
  • Kaliper brek merah
  • AMG illuminated door sills
  • AMG Performance seats
  • AMG Performance steering wheel dibalut kain Nappa leather dan Dinamica microfibre
  • Sistem MBUX infotainment
  • Android Auto and Apple CarPlay support
  • Burmester sound system
  • Mercedes me connect services and LTE communications module
  • Wireless charging pad
  • 360-degree view monitor
  • Driving Assistance package

Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S! 03

Pakej Driving Assistance merangkumi Active Brake Assist (ASA), Active Lane Keeping Assist (ALKA), Active Parking Assist with Parktronic, dan Blind Spot Assist (BSA).

Mercedes-AMG CLA 45 S baharu kini di Malaysia, 421 PS, RM 11 ribu lebih murah dari A45 S! 04

Mercedes-Benz Financial Services juga menawarkan Agility Financing dengan CLA 45 S dengan kadar permulaan serendah RM 5,355. MBFS menawarkan AMGPro Financing, dengan kadar permulaan bermula dari RM 5,588 meliputi breakdown tempuh tanpa had dan penarik kemalangan, penggantian rim dan tayar, serta pakej perlindungan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mercedes-Benz AMG CLA 45 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru