window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November!

Zamil Syaheer · Oct 22, 2020 10:00 AM

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 01

Antara salah satu model yang sedang hangat diperkatakan, Mitsubishi Xpander 2020 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia.

Dipasang di Pekan, Pahang (CKD), ianya bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan November ini. Buat masa kini, tiada harga rasmi untuk SUV segmen B ini.

Berapa varian yang bakal ditawarkan?

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya satu varian sahaja yang bakal ditawarkan, dan ia dilengkapi dengan pelbagai ciri dan kelengakapan seperti:

  • Lampu LED depan dan belakang
  • Kamera 360 darjah
  • Android Auto dan Apple CarPlay

Pandangan keseluruhan

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 01

Sebelum kita melihat Xpander secara menyeluruh, ini adalah pandangan keseluruhan untuk Xpander dan pesaing rapatnya dalam segmen iaitu Honda BR-V dan Perodua Aruz.

Dimensi

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 02

Mitsubishi Xpander jauh lebih lebar, panjang, dan tinggi berbanding pesaingnya. Malah jarak rodanya juga panjang. Ini bermakna Xpander seharusnya mempunyai kabin yang selesa  dan luas.

Eksterior

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 03

Yang bestnya dekat sini ialah Xpander yang bakal dilancarkan ini sebenarnya adalah model facelift. Haa, takde la asyik dapat benda lama betul tak?

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 04

Rupa 'Dynamic Shield' memang ganas!

Ini bermakna pasaran Malaysia mendapat lampu LED DRL di atas lampu posisi depan yang diintegrasikan dengan bampar, ditambah pula dengan lampu kabus.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 05

Melengkapkan rupa eksterior ialah antena sirip jerung, rim 16 inci, dan lampu belakang LED berbentuk L.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 06

Ada empat warna yang anda boleh pilih, iaitu Diamond Black Mica, Red Metallic, Quartz White Pearl, dan Titanium Grey Metallic.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 07

Macam M&M...mhmm...

Interior

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 08

Kemas dan praktikal. Beso ooo skrin tengah tu...

Anda akan perasan betapa besarnya skrin infotainmen di tengah papan pemuka Xpander ini. Skrin berukuran 9 inci ini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, dimainkan ke 6 pembesar suara.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 09

Dari atas kiri ke bawah: kotak kargo dengan penutup, ruang konsol tengah, kotak simpanan dan dulang untuk barang atau kasut.

SUV segmen B ini mempunyai banyak lubang dan tempat penyimpanan barang diserata kabin, seperti anda boleh lihat. Yang paling penting, dekat belakang ada empat corong pendawa dingin agar anda kekal sejuk di tanah air kita yang panas ni.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 10

Kemasan kulit pada tempat duduk.

Bercakap soal praktikaliti pula, ia mempunyai banyak ruang kepala dan kaki di kesemua 7 tempat duduk. Menariknya, Mitsubishi mendakwa Xpander adalah satu-satunya SUV dalam kelas dimana barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 11

Boleh borong kat IKEA ni.

Apabila kesemua barisan belakang diturunkan, ada 1,630 liter ruang yang tersedia memuatkan barangan yang besar. Apabila semua barisan di belakang dinaikkan pula, anda mendapat 495 liter, satu angka yang cukup memberangkan.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 12

Selain itu, Xpander juga mempunyai paparan digital 4 inci di tengah kluster meter analog.

Ciri Keselamatan

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 13

Kamera 360 darjah dan DVR.
  • Kawalan pelayaran
  • Dua beg udara
  • ISOFIX
  • Anti-lock braking dengan electronic brake force distribution (ABS, EBD)
  • Brake assist (BA)
  • Active stability control (ASC)
  • Hill start assist (HSA)

Kelengkapan ditawarkan adalah kamera 360 darjah dan kamera DVR (lebih dikenali sebagai ‘dashcam’.)

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 14

Trenkuasa

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 15

1.5L NA, 105 PS, 141 Nm.

Mitsubishi Xpander dikuasakan dengan enjin 1.5 liter 4A91 aspirasi natural MIVEC petrol yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik. Kuasa maxima enjin ini adalah 105 PS @ 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm. Xpander adalah pacuan roda depan.

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 16

Size tayar Xpander adalah 205/55R16 dan brek depan menggunakan cakera; manakala drum untuk belakang. Sistem suspensi MacPherson digunakan di hadapan dan torsion beam untuk bahagian belakang.

Keseluruhan

Mitsubishi Xpander 2020 dibuka untuk tempahan di Malaysia, bakal dilancarkan pada bulan November! 17

Seperti kami katakan di permulaan, tempahan sudah dibuka tapi anda perlu menunggu sebentar untuk harga rasmi daripada Mitsubishi. Kami jangkakan ia berada di sekitar RM 100,000.

Jika anda ingin melihat Xpander dengan lebih dekat, anda boleh lihat jadual Roadshow seperti berikut:

Roadshow Mitsubishi Xpander 2020
Tarikh Lokasi Masa
23-25 Okt. Toppen Mall, Johor Bahru, Johor 10.00am-10.00pm
29 Okt. -1 Nov. Ipoh Parade, Perak 10.00am-10.00pm

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Mitsubishi Xpander, klik model page, dan sertailah kumpulan WhatsApp dan forum rasmi WapCar.

Kami juga baru sahaja melancarkan aplikasi rasmi untuk telefon pintar agar anda dapat membaca rencana, rebiu, dan berita di dalam dunia otomotif. Muat turun di Google Play!

 

 

 

 

 

 

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda