window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia?

Mersita Β· May 9, 2022 04:00 PM

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 01

Imej lakaran oleh Theophilus Chin
  • Agya/Ayla generasi baru mungkin akan menerima naiktaraf dengan enjin 1.2 liter WA-VE
  • Akan dilancarkan di Malaysia terlebih dahulu sebagai Axia generasi baru seawal 2023
  • Enjin 1.3 liter sudahpun ditawarkan di dalam Agya/Ayla yang kini dijual di Indonesia

Perodua Axia ialah kereta serba baru paling murah di pasaran Malaysia dan ia merupakan salah satu kereta keluaran Perodua paling laris. Walaupun ia sudah berada di pasaran selama 8 tahun, jualannya kekal mantap.

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 02

Imej lakaran oleh Theophilus Chin

Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk naiktaraf serba baru bagi Axia dan seperti laporan terdahulu, pengeluar kereta No.1 Malaysia itu kini sedang membangunkan Axia generasi baru dengan kod nama D74A. Ini juga bermaksud kembarnya di Indonesia akan turut menerima naiktaraf.

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 03

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla di Indonesia tidak sepopular Axia dalam segmen ‘entry level’ seperti di Malaysia. Sebaliknya, segmen Low Cost Green Car (LCGC) di negara itu dikuasai oleh Honda Brio. Walau varian GR Sport pun tidak mampu menawan hati pembeli di Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Toyota Agya GR Sport – kembar iras Perodua Axia dengan sentuhan GR!

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 01

Menurut rakan penulis kami di AutoFun Indonesia, Agya/Ayla generasi baru mungkin akan diperkenalkan nanti di sana. Bukan itu saja, sumber kami juga memaklumkan yang Agya/Ayla generasi baru barangkali akan dikuasakan oleh enjin 1.2 liter WA-VE ‘naturally aspirated’ (88 PS/113 Nm), diambil dari Daihatsu Rocky dan Toyota Raize spesifikasi Indonesia.

Juga baca: Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah!

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 02

Enjin 1.0 liter KR-DE seperti yang dilihat pada Axia Style

Kembar Toyota-Daihatsu ini dijual di Indonesia dengan pilihan unit enjin 1.0 liter 1KR-DE (65 PS/86Nm) atau 1.2 liter 3NR-VE DVVT-i (88 PS/108 Nm). Enjin pertama itu dikongsikan dengan Perodua Axia.

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 03

Myvi 2022 ditunjukkan

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan samada enjin 1.0 liter berkenaan akan dikekalkan di dalam Axia/Agya/Ayla generasi baru nanti, turbo atau NA. Berdasarkan laporan terdahulu, D74A ini mungkin akan dibina di atas platform DNGA dan memaparkan transmisi moden Dual-mode CVT (D-CVT) yang boleh didapati di dalam Myvi dinaiktaraf serta Raize/Rocky/Ativa.

Juga baca: Perodua Axia serba baru mungkin dilancarkan seawal 2023, kod nama D74A

Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia? 04

Daihatsu Xenia ditunjukkan, asas kepada Alza generasi baru

Perodua telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan dua model dinaiktaraf dan satu model serba baru pada tahun ini. Model serba baru berkenaan boleh jadi Perodua Alza 2022, oleh itu Axia generasi baru mungkin akan diperkenal pada 2023 memandangkan Perodua biasanya mengeluarkan sekurang-kurangnya satu model serba baru setiap tahun.

Juga baca: HANGAT: Perodua: 2 facelift dan 1 model baharu akan datang, Perodua Alza 2022 serba baharu disahkan!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda