window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya

Mersita · Oct 2, 2021 10:00 AM

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 01

Proton Iriz ialah satu-satunya hatchback keluaran Proton yang sering disaingkan dan dibanding-bandingkan dengan ‘King’ jalan raya Malaysia, Perodua Myvi. Walau Myvi lebih digemari ramai, Iriz juga menawarkan beberapa kelebihan yang tiada pada Myvi, contohnya tempat duduk yang lebih selesa dan ‘ride and handling’ yang lebih baik.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 02

Apa pula kata pemilik Proton Iriz? Saudara Wan Ikrimah baru saja berkongsi pengalaman beliau sebagai pemilik sebuah Proton Iriz 1.3 MT keluaran tahun 2019 (model sebelum facelift 2021) di forum peminat kereta popular kami, WapCar Community.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman anda sendiri, pastikan anda dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Maklumat asas kereta

Proton Iriz 1.3MT (2019)

Tujuan saya membeli kereta ini

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 01

1. Perlukan kereta kedua memandangkan isteri saya ingin mengembangkan perniagaan kecil-kecilannya.

2. Sebelum ini, kami berdua berkongsi sebuah kereta iaitu Proton Iriz 1.3 AT (model 2015).

3. Ketika PKP 1.0, saya bekerja dari rumah (BDR) dan oleh itu, isteri saya boleh menggunakan kereta pertama kami untuk membuat penghantaran kepada pelanggannya.

4. Selepas PKP 1.0 berakhir, perniagaannya mula berkembang dengan lebih besar dan kami perlu pertimbangkan kereta kedua yang boleh ditampung oleh perniagaannya.

Proses pemilihan kereta

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 02

  • Saya ada bajet RM 10,000 untuk bayaran pendahuluan dan bayaran bulanannya haruslah tak lebih RM 350 sebulan.
  • Model-model lain yang saya pertimbangkan ketika itu termasuklah: Myvi G3 1.3MT, Kenari (tunai), Kelisa (tunai), Preve Turbo, Saga VVT

Sebab saya memilih Proton Iriz 1.3 MT

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 03

1. Kami tak mampu membeli Proton Persona VVT.

2. Saya ada pengalaman memandu Iriz, oleh itu saya sangat berpuas hati dan yakin dengan apa yang Iriz boleh tawarkan kepada saya dan keluarga dalam jangkamasa lama 9 tahun.

3. Saya tahu kekurangan CVT oleh Proton, oleh itu saya mahu rasakan pengalaman Iriz 1.3 manual pula.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 04

4. Sebelum kami betul-betul membuat keputusan untuk mengambil Iriz, kami juga telah menonton rebiu of Myvi G3 1.3MT di YouTube (sangat susah ditemui kerana kebanyakan rebiu adalah untuk kereta automatik) dan kami dapati ruang dalamannya terlalu teruk jika dibandingkan dengan spesifikasi sama yang ditawarkan dalam Proton Iriz.

5. Iriz memberikan kami kepercayaan dan keyakinan untuk ‘lenjan’ pada kelajuan tinggi (jangan cuba sendiri) dan pada masa yang sama, Iriz memberikan kami kawalan penuh dalam pemanduan. Kualiti pengendaliannya (handling) bukan mitos semata-mata!

Pengalaman pengguna Proton Iriz 1.3MT 2019

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 05

  • Saya telah memandunya sejauh 35,000 km.
  • Purata penggunaan minyaknya ialah 11 km/liter.

1. Proton Iriz ialah pilihan hebat untuk keluarga kecil dan pengembara minimalis. Saya, isteri, dan anak perempuan berusia 4 tahun.

2. Sangat selesa untuk perjalanan jauh. Tak pernah merasa sebarang keletihan/kelesuan memandu. Saya dan keluarga saya sering berjalan jauh kerana bidang kerja saya memerlukan saya untuk keluar ‘outstation’ dengan kerap.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 06

3. Bukannya kereta jimat minyak, tapi ini bergantung kepada gaya/tabiat pemanduan. Tapi, ia masih tak boleh tandingi kecekapan minyak Myvi.

4. Pengalaman pengendaliannya cukup bagus untuk apa saja, dan ini cukup sempurna untuk kereta keluarga kegunaan harian dan juga untuk ‘track day’.

5. Bagi varian paling asas, pengalaman pengendalian dan pakej keselamatannya masih dianggap berada di tahap yang sama dan tidak setanding varian premium, melainkan jumlah beg udara yang disediakan. Perkara-perkara lain termasuklah saiz rim, pemain media, dan DRL.

Kelebihan dan Kekurangan

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 07

Kelebihan Proton Iriz 1.3 MT 2019

  • Pengalaman pengendalian yang menggambarkan keyakinan dalam aspek kestabilan pada kelajuan tinggi di jalan lurus dan juga selekoh.
  • Kelengkapan keselamatan seperti Kawalan Penstabilan Elektronik (ESC).
  • Mampu milik. Saya mampu untuk membelinya dan juga murah untuk dijaga.
  • Rekaan tempat duduk hadapannya sangat selesa untuk perjalanan jauh.
  • Rekaan tempat duduk belakang lebih selesa untuk perjalanan jauh jika dibandingkan dengan tempat duduk belakang Myvi G3, yang agak tegak 90 darjah.

Kekurangan Proton Iriz 1.3 MT 2019

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 08

  • Penggunaan minyak tinggi, berbanding Myvi.
  • Rak stereng sudah ada masalah (‘freeplay’ dan menjejaskan penjajaran tayar).
  • Penebat bunyinya boleh dipertingkatkan lagi.
  • Rekaan papan pemuka boleh dipertingkatkan lagi bagi memberi lebih ruang untuk kaki penumpang hadapan.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 09

  • Kawalan HVAC masih lagi analog.
  • ‘Body kit’ dan alat ganti ‘aftermarket’ adalah sangat terhad berbanding Myvi G3.
  • Rekaan tempat duduk belakang membuatkan ruang kaki penumpang lebih terhad berbanding Myvi G3 yang mempunyai ruang kaki lebih luas.
  • Ruang but kecil untuk kegunaan keluarga. Tapi, kami masih OK kerana kami tak suka bawa barang yang banyak untuk perjalanan. Kami akan gunakan beg IKEA untuk menyimpan baju-bajuan dan barang keperluan. Kami jarang bawa bagasi untuk jimatkan ruang but belakang.

Penilaian Proton Iriz 1.3 MT 2019

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 10

Skor Penuh: 5/5

Prestasi: 5/5

Kualiti dan Kelengkapan: 4/5

Ruang: 4/5

Keselesaan Perjalanan: 5/5

Penjimatan Minyak: 4/5

Harga dan Kos: 5/5

Rumusan

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 11

Sebelum membuat keputusan besar untuk keluarga saya, saya akan sentiasa bincangkannya dengan isteri saya untuk dapatkan pandangan dan cadangannya.

Saya dan isteri hampir membuat keputusan untuk membeli Preve Turbo. Namun, selepas membuat kajian (antaranya menyertai kelab Facebook pemilik Preve) dan membuat kiraan serta anggaran bajet, kami tak mampu untuk memiliki Preve disebabkan kondisi terpakainya dan juga penggunaan minyaknya.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 12

Kami membuat keputusan untuk membeli sebuah lagi Iriz sebagai kereta kedua kami kerana kami tak mampu untuk membeli sebarang jenis sedan yang berbaloi dengan harganya untuk pinjaman sewa-beli 9 tahun. Kami mampu dan boleh menjaga Saga VVT baru, tapi pengalaman pemanduannya menghampakan apabila dibandingkan dengan Iriz dan saya rasa tak sanggup untuk menjaganya selama 9 tahun.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 13

Sama juga dengan Perodua Bezza – harga dan kosnya masih lagi dalam lingkungan bajet kami, namun tahap keselesaan dan pengalaman pemanduannya tidak memuaskan hati kami.

Oleh itu, dalam usaha untuk mencari kereta yang selesa dan dilengkapi pakej keselamatan lengkap, Irizlah jawapannya. Namun, kami terpaksa bertoleransi dengan saiz butnya. Tapi, setakat ini kami tak ada masalah.

Bagi kami, harga yang mampu-milik, keselamatan, dan keselesaan adalah perkara paling penting.

Kejadian menarik dengan Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 14

Memandangkan ini Proton Iriz kedua kami, saya sudah ada beberapa rancangan untuk mengubahsuai Iriz baru ini. Saya sudah membeli ‘spoiler’ untuk Iriz ini sebelum saya dapat kereta kerana Iriz ini tidak didatangkan dengan ‘spoiler’ bagi varian asas.

Konsep saya untuk modifikasi ialah saya akan sentiasa memilih rupa bersih dan standard, namun saya akan naik-taraf prestasi serta pengalaman pemanduannya. Saya bukannya peminat ‘body kit’ lebar, ‘stance wheels’, mahupun ‘spoiler’ bersayap.

Apabila saya membawa keluar Iriz ini dari pusat pameran Proton buat pertama kali, saya dah ‘tarik’ RPM sampai garis merah dari Shah Alam ke Cyberjaya. Saya abaikan saja mitos 90 km/jam untuk kereta baru bagi jarak-tempuh 1,000 pertama dan dari situ saya perasan ada ‘freeplay’ dari rak stereng kereta ini! Tapi, ketika itu saya biarkan saja dulu dan saya rancang untuk buat aduan ketika sesi servis 1,000 km nanti.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 15

Sepanjang perjalanan saya dari Shah Alam ke Cyberjaya, saya dapati ‘muffler’ ekzosnya terlalu senyap. Keesokan harinya, saya menukar ‘muffler’ asalnya kepada ‘muffler’ S-low ‘aftermarket’ dan saya perolehi bunyi ‘bass’-nya. Itulah modifikasi pertama saya iaitu pada hari kedua saya dengan Iriz ini.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 16

Ya, tak ramai yang sanggup untuk membuat sebarang ubahsuai pada kereta baru pada hari kedua pemilikan kerana waranti pengilang akan terbatal. Apa-apa pun, saya buat keputusan untuk ‘langgar jelah’ kerana saya memang sudah lama minat memandu. Sehingga ke hari ini, saya telah membuat pelbagai ubahsuai kepada sistem ekzosnya untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pemanduan saya. Sehingga ke hari ini, saya belum lagi berpeluang untuk memandu Iriz ini di atas trek sebenar.

Satu hari nanti saya akan bawa masuk Iriz ini ke SIC.

Review Pemilik: Proton Iriz 1.3 MT 2019 saya – dulu, kini, dan selamanya 17

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda