window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo?

Haris · Sep 13, 2021 05:15 PM

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo? 01

Proton X70 dan Proton X50 sekali lagi dilihat dengan samaran di Thailand, kali ini kedua-duanya sekaligus, memberi petanda yang lebih kukuh bahawa ia akan dilancarkan di negara tersebut. Pernah diintip sebelum ini pada awal tahun ini, Proton dilaporkan merancang untuk kembali semula ke Thailand selepas beberapa tahun keluar dari negara jiran utara tersebut.

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo? 02

Kiri: Proton X70, kanan: Proton X50

Menurut gambar intipan yang tular di media sosial Thailand, pengguna น๊อต วอนิล yang mengambil gambar tersebut memuji kedua-dua rekaan Proton X70 dan Proton X50 dalam samaran tersebut dengan sebagai 'cantik'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus?

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo? 01

Foto daripada น๊อต วอนิล

Selain daripada itu, Proton juga turut dilaporkan sedang membangunkan sistem infotainment ‘Hi Proton’ di dalam bahasa Thailand. Hal ini bertujuan untuk menarik lebih banyak minat rakyat Thailand lebih lagi dalam segmen SUV kompak.

Baca: Sawasdee, Hi Proton! bakal memahami bahasa Thailand!

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo? 02

Gambar intipan Proton X50 sebelum ini

Selain daripada itu, Proton X50 juga bakal berdepan dengan saingan sengit daripada peneraju jualan seperti Toyota Corolla Cross dan Honda HR-V. Kedua-duanya ditawarkan dalam varian hibrid yang menjadi ciri penting untuk rakyat Thailand yang perlu membayar harga minyak yang tinggi.

Baca: Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo? 03

Gambar intipan Proton X70 sebelum ini

Selain itu, model Proton X70 juga dijangka akan ditawarkan di Thailand tetapi perbezaan terbesar dengan model pasaran Malaysia adalah Proton X70 Thailand dilaporkan 'lebih cenderung' menggunakan enjin 1.5 liter turbo TGDi yang sama dengan Proton X50. Hal ini disebabkan oleh piawaian pelepasan karbon yang lebih ketat di sana.

Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo? 04

Pengalaman mendewasakan dan tentunya ini akan memberi kelebihan buat Proton. Sekurang-kurangnya, ia pernah gagal di negara jiran dan kali ini ia mampu bangkit dengan strategi yang lebih baik. Adakah ada peluang kedua untuk Proton?

Baca: Proton X50 vs Proton X70 - Panduan memilih SUV kegemaran Malaysia untuk anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda