window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT!

Faisal · Jan 12, 2024 02:51 PM

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 01

Toyota GR Yaris yang kita kenal selama ini kini tampil dengan model facelift.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 02

Antara pembaharuan yang diterapkan selain estetika adalah penambahbaikan dalam aspek kualiti pemanduan serta peningkatan dalam bab trenkuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 01

Soal ini, enjinnya telah dinaik taraf sebanyak 32 PS dan 30 Nm tork untuk menghasilkan 304 PS/400 Nm untuk pasaran Jepun. Pasaran Eropah pula hadir dengan 280 PS/390 Nm.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 02

Untuk makluman anda, GR Yaris facelift juga akan ditawarkan dengan spesifikasi 'Circuit' yang datang dengan sub-radiator dan intake udara yang lebih mantap serta hembusan intercooler untuk ketahanan komponen sewaktu dalam pemanduan lasak.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 03

Apa-apapun, perubahan terbesar pada GR Yaris facelift hadir dalam bentuk pilihan transmisi Gazoo Racing Direct Automatic 8 kelajuan. Dibangunkan oleh TGR dan input dari TGR World Rally Team, kotak gear ini memberikan kualiti pemanduan automatik yang lebih sporty dan lebih responsif.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 04

Di samping itu, terdapat penambahbaikan pada casis kenderaan yang mana ia disunting dengan penambahan bilangan bolt dan peningkatan pada prestasi penyerap hentakan.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 05

Masuk ke bahagian kokpit, interior GR Yaris tampil dengan papan pemuka baharu yang menghadap pemandu, yang bersudut 15-darjah. Bercakap tentang pemandu, tempat duduknya juga diposisikan 25 mm lebih rendah untuk sensasi pemanduan yang lebih sporty.

Selain itu, cermin pandang belakangnya diposisikan ke bahagian lebih atas untuk meningkatkan tahap penglihatan.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 06

Antara pembaharuan lain pada kabin GR Yaris facelift adalah penggunaan kluster digital penuh 12.3 inci dan posisi tombol brek parkir yang lebih dekat dengan pemandu (pilihan transmisi manual).

Secara amnya, Toyota mengumumkan bahawa jualan di Jepun akan bermula pada suku ke-2 2024. Terdapat dua lagi edisi terhad yang akan beransur iaitu Sébastien Ogier Edition dan Kalle Rovanperä Edition.

Toyota GR Yaris 2024 facelift debut - output naik ke 304 PS/400 Nm, ada pilihan 8AT! 07

Menariknya, Toyota juga merancang untuk memperkenalkan 'kit naik taraf' yang meningkatkan output enjin pada model sebelum facelift kepada 304 PS/400 Nm. Unit yang dinaik taraf ini akan datang dengan emblem eksklusif.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda