window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Vios terjun bawah tembok, ada pula orang lalu dirempuh. Kalau ada ADAS bagaimana?

Mersita ยท Dec 4, 2020 01:00 PM

Vios terjun bawah tembok, ada pula orang lalu dirempuh. Kalau ada ADAS bagaimana? 01

Masa, tempat dan langkah kaki seharian kita sememangnya tak boleh dijangka bila kemalangan hendak menimpa. Tular satu video yang menunjukkan sebuah Toyota Vios melanggar seorang pejalan kaki dan merempuh tembok lalu terjunam dari ketinggian 6 meter di bawah tembok penghadang parkir itu.

Video tersebut adalah rakaman CCTV di pagar hadapan Greenlane Park Apartments di Jelutong, Georgetown. Kejadian berlaku pada pukul 11.54 pagi semalam, 3 Disember.

Rakaman video kedua pula menunjukkan pihak bomba yang sedang dalam usaha menyelamat mangsa dan pemandu yang terperangkap di dalam kereta tersebut yang terbalik apabila mendarat di lorong kecil di bawah tembok berkenaan. Vios tersebut menghempap mangsa dan sebuah kenderaan yang parkir di tempat ia mendarat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Harian Metro, pengawal keselamatan kondominium tersebut, S Thinagaran, sempat menjerit untuk memberi amaran kepada pemandu dan pejalan kaki tersebut. Tapi, kejadian berlaku dengan terlalu pantas. Katanya dia terdengar mangsa menjerit sebelum diam.

Vios terjun bawah tembok, ada pula orang lalu dirempuh. Kalau ada ADAS bagaimana? 01

Mangsa, Kim Hui Ping berusia 49 tahun disahkan maut di lokasi kemalangan. Pemandu Toyota Vios itu pula, seorang warga emas wanita berumur 71 tahun, tersepit di dalam kereta dan mengalami kecederaan disamping sakit di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan yang pemandu terbabit dipercayai panik dan tertekan pedal minyak setelah melepasi bonggol tersebut dan secara tidak sengaja merempuh pejalan kaki terbabit.

Soffian berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Vios terjun bawah tembok, ada pula orang lalu dirempuh. Kalau ada ADAS bagaimana? 02

Bagaimana kita boleh elak kejadian malang sebegini daripada berlaku?

Toyota Vios tersebut dipercayai keluaran tahun 2003 dan pastinya tidak dilengkapi ADAS. Untuk makluman, teknologi kereta baru yang dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS) merangkumi pelbagai fungsi keselamatan dan salah satu daripadanya ialah Pedal Misoperation Control atau Kawalan Salah-laku Pedal.

Kelengkapan keselamatan sebegini contohnya boleh ditemui di dalam A.S.A. Perodua yang boleh didapati di dalam model baru yang dilengkapi seperti Bezza, Axia, Myvi, dan Aruz.

Vios terjun bawah tembok, ada pula orang lalu dirempuh. Kalau ada ADAS bagaimana? 03

Walaupun kita tak boleh bergantung 100% dengan sistem ADAS, ia sedikit sebanyak membantu untuk memperlahankan kenderaan dan memberi ruang atau masa untuk pemandu yang sedang panik.

Anda boleh baca artikel kami tentang kes pemandu panik yang merempuh dinding dan bagaimana ciri keselamatan kereta moden boleh membantu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda