window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW!

Mersita Β· Jul 15, 2020 09:00 AM

15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW! 01

Suka atau tidak, segmen coupe crossover akan kekal sampai bila-bila. Pengilang kereta dari BMW, Mercedes-Benz dan juga Volkswagen telah mencuba nasib dalam segmen yang semakin naik ini. Jualan pada tahun 2019 telah meningkat menurut penganalisis industri, terutamanya di China dimana pasarannya dipenuhi oleh segmen ini.

Pemilik Proton, Geely, pun sama mengambil peluang ini dengan Xing Yue pada tahun 2019. Di Malaysia, anda boleh lihat BMW X6, X4 dan Mercedes GLE Coupe dipandu megah di jalan raya, menakutkan Vellfire dengan rupanya yang garang.

15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW! 02

Semua ini bermula dengan pengilang kereta Korea ketiga terbesar, Ssangyong. Kami tak tipu, BMW bukanlah yang pertama untuk menghasilkan SUV yang dikacukkan dengan rupa coupe yang ‘sporty’. Actyon mula dilancarkan pada tahun 2005, dua tahun sebelum X6.

15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nama Actyon adalah kombinasi antara perkataan “ACTion” dan “YOuNG” dan ia ditawarkan dalam pacuan roda-belakang (RWD) dan pacuan 4-tayar (4WD). Kuasa dijana daripada enjin diesel ‘turbo-intercooler’ ‘common rail’ XDi 200 XVT 2.0L dan pembeli boleh memilih antara transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.

Actyon menawarkan pemanduan dan keselesaan yang amat bagus. Walaupun pada kelajuan tinggi, bunyi pemanduan dikatakan agak rendah. Pacuan juga dikatakan lebih bagus berbanding saingannya dengan enjin diesel yang lebih besar. Ia juga ada varian pikap yang ditawarkan sebagai Actyon Sports.

Apa yang terjadi? Bagaimana BMW berjaya mengalahkan kegemilangan Ssangyong?

Sebagai permulaan, lihatlah sendiri rupa bentuk kereta ini dari sisi hadapan…

15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW! 01

Maaf jika kami rosakkan selera anda tapi Ssangyong bukanlah terkenal dengan pembuatan kereta yang cantik belaka. Contohnya, MPV Stavic dan SUV Kyron. Walaupun pembeli kini tampak seperti berani mengambil risiko lebih sedikit, ia tidak sama dengan sentimen 15 tahun lalu.

15 tahun lalu, syarikat Korea ini mencipta SUV-coupe, bukan BMW! 02

Ssangyong sebenarnya boleh mendahului segmen ini. Tapi, kereta mereka sering dicaci kerana rupa parasnya yang pelik dan ini pastinya tidak cukup menarik bagi pembeli. Produksi berakhir pada tahun 2010. Tapi, jika kereta tersebut dilancarkan hari ini, ia mungkin akan dapat lebih pembeli yang mahukan crossover coupe yang elok. Rupa kena hensem sikit lah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda