Toyota Alphard, MPV kegemaran rakyat Malaysia bakal menerima perubahan besar untuk model generasi ke 4 yang akan datang. Model ini bakal memberi pengaruh yang lebih besar selepas Toyota Estima dan Toyota Vellfire (bakal) disingkirkan dari barisan produk Toyota.
Toyota Alphard generasi ketiga (AH30) dilancarkan pada Januari 2016. Ia menerima facelift pada Disember 2017 untuk model tahun 2018, dengan sebahagian besar perubahan adalah di sekitar bahagian luar dan trenkuasa.
Ketika itulah trenkuasa baharu diperkenalkan iaitu kombinasi enjin 3.5 liter V6 2GR-FKS dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang sedang digunakan ketika ini.
Sejak dari pelancarannya, ia kini telah mencapai usia model 5 tahun dan kemaskini tentunya dalam perancangan Toyota. Oleh itu model serba baru dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022. Beberapa perincian mengenai kemaskini Toyota Alphard gen 4 agak sulit tetapi berikut adalah apa yang diketahui setakat ini.
Dimensi tidak akan menerima perubahan yang ketara. Menurut sumber, Toyota Alphard generasi keempat akan mempunyai dimensi yang lebih kurang dengan model semasa. Sebagai konteks, Toyota Alphard gen 3 berukuran seperti berikut:
Dimensi Toyota Alphard AH30 | |
---|---|
Panjang | 4,945 mm |
Lebar | 1,850 mm |
Tinggi | 1,895 mm |
Jarak Roda | 3,000 mm |
Selain dari itu, Toyota Alphard generasi keempat juga dikatakan bakal menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), seperti kebanyakan model Toyota yang terkini.
Pada masa yang sama, Toyota Alphard serba baharu ini juga akan dikuasakan dengan enjin hibrid, bersedia untuk pengharaman kenderaan dengan enjin pembakaran biasa (ICE) di Jepun menjelang 2030.
Langkah ini juga seiring dengan citarasa penduduk Jepun, Toyota Alphard yang paling laris kini adalah varian hibrid 2.5-liter, pacuan semua roda (AWD). Toyota juga dikatakan akan menawarkan varian 2WD (dengan trenkuasa hibrid ini) untuk generasi akan datang.
Menurut sumber yang sama, bateri hidrid nikel-logam (NiMH) yang digunakan dalam sistem hibrid Toyota Alphard sekarang akan digantikan kepada sistem lithium-ion (Li-ion) yang lebih baik. Hal ini bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan bahan api tetapi untuk memberi lebih ruang kerana bateri Li-ion lebih kecil.
Sebagai rangkuman, Toyota Alphard yang diimport secara rasmi (CBU Jepun) oleh UMW Toyota Motor adalah varian tunggal tanpa hibrid 3.5 liter, dengan harga bermula dari RM 446,609, atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.
Bacaan Lanjut:
Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul?
Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}