Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga Iswara - 15 Ogos 1992, lebih 30 tahun lalu!

Pada 15 Ogos 1992, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang penuh bersejarah, model facelift baharu Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri keempat, bersama-sama dengan Y.Bhg. Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Nama model ini diambil sempena nama spesis rama-rama Helen (Papilio iswara) di Sarawak.

Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad berbaju kuning, manakala Y.Bhg. Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berbaju biru. Muda mudi masa ini...

Banyak elemen rama-rama pada hari pelancarannya.

Proton Saga Iswara yang baru ini mengambil asas platform Saga Megavalve. Reka bentuk luarannya diperbaharui oleh sebuah firma Britain.

Segar dari kilang!

Iswara mempunyai gril baru, lampu depan yang lebih ramping, kluster lampu belakang beralur, bamper plastik, ’moulding’ sisi, dan pemegang plat belakang dipindahkan ke bampar daripada bonet belakang.

Seperti pendahulunya, Saga Iswara dihasilkan dalam versi sedan 4 pintu dan hatchback 5 pintu yang dikuasakan oleh dua pilihan enjin iaitu 1.3 liter 4-silinder 4G13P 12-injap SOHC dan 1.5 liter 4-silinder 4G15P 12-injap SOHC.

Anda boleh memilih pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 3-kelajuan automatik daripada Mitsubishi.

Model eksport untuk pasaran United Kingdom pun ditunjukkan.

Namun, model yang dieksport ke Singapura dan United Kingdom dilengkapi dengan sistem suntikan bahan bakar ECI Multi Mitsubishi dan penukar pemangkin (catalytic converter) untuk memenuhi standard pelepasan Euro I. 

Juga baca: Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK!

Saga Iswara versi sedan banyak digunakan sebagai teksi di Malaysia pada tahun 1990-an dan 2000-an. Sebilangan besar teksi ini telah ditukarkan ke NGV untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar.

Selain daripada itu, penjualan model ini di UK berakhir pada tahun 1996, 3 tahun selepas pelancaran Persona (Proton Wira).

Sumber imej: Jabatan Penerangan

Juga baca: 

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu!

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu!

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Saga

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

What Does It Mean To Be Malaysian?

SOLD: 2022 Proton Saga Premium S 1.3L MC2, What's Next?

Installing 16-inch Advanti Storm S1 Flow Form Wheels on 2023 Proton Saga Premium S

Why did I Buy a 2022 Proton Saga Premium S?

First Accessories & Modification on My 2022 Proton Saga Premium S!

Ada berita gembira bagi peminat serta pemilik kenderaan elektrik yang inginkan lagi stesen pengecasan di pelbagai lebuh raya. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengatakan langkah ini diambil untuk menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap stesen pengecas EV pada masa kini. Beliau menjelaskan, "Dalam tempoh setahun setengah yang akan datang, kita berharap untuk menambah 100 lagi stesen pengecas kenderaan elektrik. Sasaran asal adalah 100 pada tahun 2025, tetapi meli
Perodua Bezza merupakan kereta paling laris Perodua, merampas gelaran yang telah lama dipegang oleh Perodua Myvi. Walaupun ia sudahpun berada di pasaran selama 7 tahun, popularitinya di kalangan rakyat Malaysia tidak dapat dipertikaikan. Bezza merupakan salah satu daripada dua model Perodua yang masih ditawarkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan dan bukannya D-CVT. Dengan usianya yang kian lanjut, sedan pertama Perodua ini tidak akan kekal selamanya dalam generasinya yang sekarang. P2 mengak
Menurut nota penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, kebanyakan isi rumah di Malaysia masih mampu membeli kereta baharu berbanding kereta terpakai. Perkara ini agak memeranjatkan sekiranya mengambil kira kadar inflasi tinggi dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan. Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz berkata pembeli mempunyai keyakinan kukuh dalam ekonomi kita yang makin stabil. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa kemampuan memiliki kenderaan bermotor juga disokong oleh harg
smart Malaysia mencatatkan pencapaian luar biasa dengan pengedaran sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) smart #1 dalam tempoh satu bulan, baru-baru ini. Kejayaan penghantaran ini didorong oleh kerjasama 10 cawangan pengedar smart #1 yang terletak di lokasi strategik, memastikan majoriti pembeli menerima kereta mereka dalam masa yang singkat. Juga baca: 8 outlet dibuka, Smart menjemput anda ke bilik pameran dan tanya apa sahaja mengenai Smart #1 "Di samping itu, kami turut berbangga dengan s
Keputusan penuh buat Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 sudah diumumkan yang mana ia telah menerima 93 penyertaan melalui 7 buah negara. Kalau anda nak tahu, ini adalah pertandingan mereka bentuk yang dianjurkan antara Perodua dengan Malaysia Design Council (MRM) yang dibuka kepada para profesional dan pelajar dalam Asia. Penyertaan terdiri daripada bakat dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Penyertaan dari Iran, Jepun dan India juga ada di mana antara kriteria yang d

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton Saga
Cek Lebih