window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 2023 – pacuan belakang & enjin 6 silinder ‘inline’ sebenarnya untuk CX-50?

Faisal · Jul 29, 2021 09:00 AM

Mazda CX-5 2023 – pacuan belakang & enjin 6 silinder ‘inline’ sebenarnya untuk CX-50? 01

Lakaran oleh MK JAFFAR.

Sebelum ini, kami pernah ceritakan mengenai Mazda CX-5 2023 generasi seterusnya yang mana ia bakal hadir dengan platform pacuan roda belakang dan enjin 6 silinder sebaris. Tetapi baru-baru ini, Car and Driver melaporkan bahawa ia mungkin dikeluarkan sebagai model baru yang dikenali sebagai Mazda CX-50.

Mazda CX-5 2023 – pacuan belakang & enjin 6 silinder ‘inline’ sebenarnya untuk CX-50? 02

Lakaran oleh MK JAFFAR.

Satu keterangan oleh Mazda kepada Car and Driver berbunyi “Pendedahan dari Australia mengenai platform dan trenkuasa yang bakal diguna pada Mazda CX-5 generasi seterusnya adalah tidak benar.”

Mazda turut menambah bahawa mereka belum lagi mengesahkan model mana yang akan hadir dengan platform rear-wheel drive (RWD) dan enjin 6 silinder sebaris. Yang pastinya, model pertama itu adalah sebuah SUV. Maka itu, Car and Driver percaya bahawa SUV berenjin 6 silinder itu bakal digelar sebagai Mazda CX-50.

Juga bacaSpyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-5 2023 – pacuan belakang & enjin 6 silinder ‘inline’ sebenarnya untuk CX-50? 01

Lakaran oleh BestCarWeb.

Menariknya, Mazda CX-5 mungkin dijual sekali dengan CX-50 kelak, sama seperti CX-3 dan CX-30.

Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai platform RWD dan enjin 6 silinder Mazda masih kekal sebagai spekulasi. Apapun, spesifikasi awal yang dilaporkan oleh BestCarWeb menyatakan bahawa CX-50 tersebut akan hadir dengan enjin 3.0L 6 silinder sebaris yang menghembuskan 300 PS dan 340 Nm tork.

Mazda CX-5 2023 – pacuan belakang & enjin 6 silinder ‘inline’ sebenarnya untuk CX-50? 02

Media Wheels dari Australia pula menjangkakan bahawa Mazda CX-50 2023 bakal membuat debut global seawal akhir tahun ini (sekitar suku ke-4 2021). Pelancaran ke beberapa pasaran pula dikhabarkan pada tahun 2022.

Juga bacaMazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda