BMW
Owner Review: First time owning a German machine - My BMW 318i
157
Minggu lalu, kami ada menyiarkan gambar Toyota GranAce yang gah menyusur di jalan raya kita, dan ramai pembaca nak tahu tentang kereta ini.
Lagipun Toyota GranAce lebih ‘rare’ berbanding Alphard atau Vellfire, dan dengan saiznya yang teramat besar, memang ramai yang berminat.
Toyota GranAce pada dasarnya adalah Toyota Hiace generasi keenam yang lebih mewah.
Toyota juga menawarkan versi kurang mewah dengan lebih banyak tempat duduk dengan pelbagai nama berbeza - Grandia dan Grandia Tourer (Filipina), Hiace Commuter (Thailand, Filipina), dan Hiace Premio (Indonesia).
Ini serupa dengan Volkswagen (Transporter untuk kerja komersial dan Multivan / T6 untuk mengangkut orang) dan Mercedes-Benz (Vito dan V-Class).
Pasaran lain menerima model GranAce dengan nama yang berbeza. Sebagai contoh, ia dijual sebagai Toyota Majesty di Thailand, Toyota Granvia di Taiwan serta Australia, dan Toyota Hiace Super Grandia di Filipina.
Nama GranAce ini hanya digunakan di Jepun.
Ini merupakan soalan yang acap kali ditanya oleh orang ramai, tetapi jawapannya bukanlah semudah ya ataupun tidak. Mari kami rungkaikan.
Seperti yang anda ketahui, duo Toyota Alphard dan Toyota Vellfire ditujukan untuk pembeli peribadi dengan keluarga kerana ia menggunakan enjin petrol yang lebih halus.
Juga baca: Sejarah Toyota Alphard: Pembangunan yang menjadi raja segala MPV
Sebaliknya, Toyota GranAce ditujukan khusus kepada pembeli armada sebagai van pelancongan mewah. Itu menjelaskan mengapa kebanyakan pasaran GranAce dan model berkaitan menggunakan enjin diesel, kerana diesel menawarkan penjimatan minyak serta perbatuan yang jauh lebih baik.
Jadi, tidak ada jawapan mudah bagi soalan ini. Adakah Toyota Alphard lebih mewah daripada Mercedes-Benz V-Class? Adakah Toyota Century lebih gah daripada Lexus LS? Tepuk dada, tanya selera.
Anak gajah ini panjangnya 5,300 mm, lebar 1,970 mm, dan tinggi 1,990 mm. Ia mempunyai jarak roda 3,210 mm.
Lihat jadual di bawah untuk perbandingan dengan Toyota Alphard.
Dimensi | |||
---|---|---|---|
Model | GranAce | Alphard | Perbezaan |
Panjang (mm) | 5,300 | 4,945 | + 355 |
Lebar (mm) | 1,970 | 1,850 | + 120 |
Tinggi (mm) | 1,990 | 1,895 | + 95 |
Jarak Roda (mm) | 3,210 | 3,000 | + 210 |
Pada masa ini, Toyota menawarkan van mewah ini di negara-negara terpilih, termasuk Jepun, Thailand, Taiwan, Australia, dan Filipina.
Di peringkat global, Toyota GranAce hanya mendapat enjin 2.8 liter turbodiesel dengan tahap output yang berbeza-beza. Model pasaran Jepun-, Australia-, Taiwan-, dan Filipina menghembuskan 177 PS dan 450 Nm.
Sementara itu di Thailand, Toyota Majesty pula menghasilkan 163 PS dan 420 Nm.
Satu-satunya pilihan transmisi yang ada adalah automatik 6-kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.
Tidak, kerana UMW Toyota harus bersaing dengan pelbagai jenis van pelancong buatan China dengan harga yang jauh lebih murah berbanding GranAce.
Sekiranya anda memerlukan MPV mewah dari UMWT, anda boleh memilih Toyota Alphard atau Toyota Vellfire, atau menuju puncak terus dengan Lexus LM.
Juga baca: Kereta golongan kayangan, hampir 20 unit Lexus LM 350 berharga RM 1.1 juta ditempah!
Pencarian di laman iklan menunjukkan terdapat beberapa unit GranAce yang dijual, dengan harga sekitar RM 430k. Ini meletakkannya dengan jurang harga yang sama dengan Toyota Alphard baru dari UMWT.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Honda
See this rank, why don't we have Honda Fit and Honda Freed?🤔🤔 the top ten best-selling (non-Kei) cars in Japan of 2020 line up: 1. Toyota Yaris – 151,766 units 2. Toyota Raize – 126,038 units 3. Toyota Corolla – 118,276 units 4. Honda Fit – 98,210 units 5. Toyota Alphard – 90,748 units 6. Toyota Roomy – 87,242 units 7. Honda Freed – 76,283 units 8. Toyota Sienta – 72,689 units 9. Nissan Note – 72,205 units 10. Toyota Voxy – 69,517 units https://www.wapcar.my/news/2020s-top-10-most-popular-cars-in-japan-toyota-alphard-is-no5-22311
6
15
4