Toyota
Toyota and other models are still equipped with naturally aspirated engine. Which is more expensive to maintain, a turbo or a naturally aspirated?
34
Toyota nampaknya tengah syok dengan betapa untungnya pasaran MPV mereka, dan mereka tidak akan berhenti di situ. Baru-baru ini, Toyota Voxy 2022 serba baru telah membuat debut, manakalaToyota Alphard generasi akan datang telah dijadualkan untuk debut akhir 2022.
Kini, sumber dari Jepun telah menyatakan bahawa Toyota tidak akan berhenti di situ sahaja, kerana pengeluar kereta yang berpangkalan di Aichi itu mungkin akan memperkenalkan MPV yang lebih besar, dan boleh debut seawal tahun 2023.
Menurut sumber Jepun, MPV baharu itu akan menggunakan platform Toyota GranAce. Ingat bahawa GranAce sendiri adalah Hiace versi yang lebih mewah.
Baca juga: Lebih mahal daripada Alphard / Vellfire, kami jawab pertanyaan anda tentang Toyota GranAce
Walaupun GranAce mungkin lebih selesa berbanding Toyota Alphard biasa, ia tidak mencapai tahap keselesaan perjalanan atau tarikan kelas atasan seperti Alphard Executive Lounge. Toyota mahu menanganinya dengan MPV baharu ini.
Baca juga: Raja ‘resale value’: Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru!
Kalau anda mengikuti reka bentuk semasa Toyota dengan MPV, anda boleh menjangkakan model baharu berasaskan GranAce itu mempunyai fasia hadapan yang berani dengan banyak sisipan krom.
Baca juga: Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP?
Dari segi trenkuasa, sumber Jepun itu mendakwa bahawa enjin petrol-elektrik pengecas turbo V6 3.5 liter boleh digunakan. Tonton ruang ini untuk info lebih lanjut.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4