window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat!

Haris · Jan 4, 2022 03:00 PM

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 01

Selepas mengharungi 12 bulan yang dilanda pandemik, pengeluar kereta nasional Proton kini mengakhiri tahun 2021 dengan cemerlang. Sebanyak 14,147 unit berjaya dijual pada bulan Disember, menutup angka jualan tahun 2021 pada 114,708 unit (domestik + eksport), pencapaian tertinggi sejak tahun 2014.

Sebanyak 4.5% peningkatan jualan berbanding tahun 2020 serta mencatatkan tahun ketiga berturut-turut pertumbuhan pasaran bagi syarikat. Pencapaian itu amat penting jika mengambil kira TIV (Total Industry Volume) bagi Malaysia dianggarkan menyusut sebanyak -4.6% kepada hanya 505,000 unit secara keseluruhan.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pegangan pasaran Proton pada bulan Disember dianggarkan 20.6% manakala untuk keseluruhan tahun 2021, pegangan pasaran dianggarkan berada pada 22.7%.

Angka tersebut menandakan peningkatan sebanyak 2.0% berbanding tahun 2020 kerana Proton terus mengukuhkan pegangannya di tempat kedua sambil merapatkan lagi jurang dengan peneraju jualan.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 01

Selepas melancarkan SUV pertama pada Disember 2018, jenis kenderaan tersebut menjadi semakin penting kepada angka jualan Proton, terutamanya selepas pelancaran Proton X50 pada Oktober 2020.

Sebanyak 45,149 unit SUV terjual pada tahun 2021, menobatkan Proton jenama SUV paling laris di Malaysia, dengan jumlah tersebut menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan jumlah jualan.

Angka Jualan Proton
Model Unit terjual (Dis) Unit terjual (2021)
Saga 4,656* 42,627*
Persona 2,187 16,153
Exora 554 4,035
Iriz 824 6,708
X70 1,616 16,735
X50 4,310 28,774
Total 14,147** 114,708**

* = termasuk eksport
** = termasuk jualan model lain yang tidak disenaraikan

Secara individu, Proton X50 mengakhiri tahun dengan 28,774 unit, menjadikannya SUV terlaris secara keseluruhan, dan mencatatkan bulan terbaiknya pada bulan Disember dengan 4,310 unit. Ini adalah bulan kedua berturut-turut model itu telah mencapai lebih daripada 4,000 unit, menunjukkan peningkatan dalam jumlah pengeluaran dan unit yang dihantar kepada pelanggan.

Proton X70 memperolehi jualan 16,375 unit pada tahun 2021 dengan angka bulan akhir sebanyak 1,616 unit. Ini memastikan bahawa ia menerajui kelas SUV segmen C dan meletakkannya di tempat ketiga dari segi jualan SUV keseluruhan.

2020 Proton Saga Facelift Driving

Jualan terbaik Proton tahun lepas ialah Proton Saga, yang merapatkan jurang dengan pesaing utamanya untuk bersama-sama menerajui pasaran sedan segmen A. 42,627 unit telah dijual termasuk beberapa yang dihantar sebagai pek CKD untuk dipasang di negara lain.

Populariti berterusan Saga menunjukkan pembeli kereta tetap kagum dengan prestasi, keselamatan dan nilai yang ditawarkan oleh model buatan Malaysia yang turut mencari peminat baharu dalam pasaran eksport.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 03

Wakil pasaran MPV, 554 unit Proton Exora telah dijual pada bulan Disember, menjadikan jumlah jualan bagi MPV segmen C tersebut sebanyak 4,035 unit - juara dalam kelasnya.

Proton Persona dan Iriz juga menunjukkan prestasi memberangsangkan pada Disember dengan masing-masing mencatatkan 2,187 dan 884 unit memandangkan isu bekalan cip sedikit bertambah baik. Ini menjadikan jumlah jualan untuk tahun ini kepada 16,153 dan 6,708 unit, memastikan mereka menduduki tempat ketiga dalam segmen masing-masing.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 04

Jualan antarabangsa juga merupakan sorotan utama bagi syarikat yang berpengkalan di Shah Alam itu. Dengan 3,018 unit dieksport pada 2021, jumlah pasaran meningkat lebih 100% menyebabkan Proton menjadi jenama automotif nombor satu untuk eksport tahun lepas.

Dengan operasi pemasangan tempatan yang meningkat di pasaran luar negara ditambah dengan harapan melonggarkan sekatan perdagangan, terdapat keyakinan bahawa pertumbuhan positif ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 05

“2021 agak sukar bagi industri automotif secara keseluruhan dan ini jelas dilihat dalam penurunan TIV. Dari krisis bekalan cip tahap sedunia kepada kenaikkan kes Covid-19 yang menyebabkan PKP dan penambahan kos penghantaran, ada banyak cabaran yang perlu diatasi. Oleh sebab itu, pencapaian PROTON menambah jualan tahun lepas amat ketara kerana ia akibat perancangan rapi dan penggunaan sumber yang sedia ada.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 06

“Kami juga bangga dengan anugerah jenama automotif dengan jualan eksport terbanyak pada 2021 sebab ini
membuktikan usaha sama bahagian jualan antarabangsa dan rakan luar negara amat berkesan. Walaupun
penambahan kos agak membimbangkan, aktiviti yang dirancang bagi 2022, bermakna jualan eksport akan
bertambah lancar pada tahun akan datang,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 07

Selain daripada jualan, bahagian pebiayaan dan pengedaran di PROTON juga mendapat pencapaian yang tinggi pada tahun lepas. Proton Commerce meluluskan 14,550 pinjaman pada 2021, rekod baru yang dicapai setelah 2,132 pinjaman diluluskan pada bulan Disember. Syarikat pembiayaan PROTON ini juga berjaya merampas gelaran syarikat pembiayaan OEM utama dan juga menjadi pilihan paling popular bagi pelanggan Proton Saga.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 08

Bercakap mengenai bilangan cawangan 3S/4S, syarikat itu memulakan tahun 2021 dengan 140 cawangan dan walaupun menghadapi cabaran dari segi pembiayaan dan tugas pembinaan, mereka berjaya menambah sehingga 147 cawangan tersebut yang kini beroperasi.

Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat! 09

“Perkembangan perniagaan sampingan PROTON seperti Proton Commerce serta penambahan jumlah pengedar dikaitkan secara langsung dengan jumlah kenderaan yang dijual. Oleh itu, dengan penambahan jualan terdapat juga penambahan fasiliti bagi layanan pelanggan.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa jaminan bagi kotak gear automatik enam kelajuan yang digunakan oleh Proton X70 CBU kini dipanjangkan ke 5-tahun dengan jarak tempuh tanpa had. Ini adalah untuk memberi manfaat kepada pelanggan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap produk kami,” tambah Roslan Abdullah.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda