window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand!

Haris Β· Apr 14, 2022 09:00 AM

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 01

Selama hampir 20 tahun, Toyota Alphard dan kembarnya (yang tidak lama lagi akan dihentikan pengeluaran), Vellfire telah bertanggungjawab membawa penumpang VIP ke seluruh Malaysia. Namun tahukah anda bahawa ada MPV yang lebih besar dan lebih mewah daripada Alphard/Vellfire dengan nama Toyota Majesty yang dekat dengan kita?

Seperti namanya, Toyota Majesty adalah sebuah van hebat yang boleh memuatkan sehingga 11 orang penumpang dan dilengkapi dengan pacuan roda belakang (RWD). 2 ciri tersebut mungkin ciri idaman golongan T20 tetapi malangnya ia tidak dijual secara rasmi di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Majesty kini boleh didapati di Thailand tetapi tiada rancangan oleh UMW Toyota Motor untuk melancarkannya di Malaysia, sekurang-kurangnya itu adalah apa yang difahami ketika ini.

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 01

Bagi mereka yang berminat dengan apa yang hebat tentang Toyota Majesty, benarkan kami memberikan anda lawatan terhadap 'abang' kepada Alphard ini. Dengan ukuran dimensi dari 5,300 mm panjang, 1,970 mm lebar dan 1,990 mm tinggi, ia ternyata lebih besar daripada Alphard dari segi saiz.

Dimensi
Model Majesty Alphard Perbezaan
Panjang (mm) 5,300 4,945 + 355
Lebar (mm) 1,970 1,850 + 120
Tinggi (mm) 1,990 1,895 + 95
Jarak Roda (mm) 3,210 3,000 + 210

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 02

Ciri terbaik yang ada pada raksasa ini adalah ia dilengkapi dengan pacuan roda belakang (RWD) justeru tugas memusing stereng di sudut sukar akan menjadi lebih mudah. Atau mungkin, biarkan sahaja pemandu anda ambil peduli tentang tugasnya itu.

Baca: Toyota Avanza 2022 guna ‘tarik depan’ & bukan lagi ‘tarik belakang’ – susah angkat barang berat?

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 03

Menjana kuasa kepada Toyota Majesty ialah enjin 2.8 liter turbodiesel yang sama pada Toyota Hilux Rogue. Ia mampu menghasilkan 163 PS dan 420 Nm dengan gandingan transmisi automatik 6-kelajuan. Daripada maklumat yang diterima, Toyota Majesty spesifikasi Thai mempunyai output kuasa yang lebih rendah daripada Toyota GranAce iaitu model sama dengan nama berbeza di Jepun (177 PS/450 Nm).

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 04

Selain daripada nama yang berbeza dan kurang bilangan penumpang, GranAce adalah sama seperti Majesty

Bercakap mengenai GranAce, model itu boleh didapati di Malaysia melalui pengimport recond dengan pilihan sama ada 6 atau 8 tempat duduk. Namun, harganya agak mewah dengan unit yang disenaraikan di atas talian bermula dari sekitar RM 400k.

Baca: Lebih mahal daripada Alphard / Vellfire, kami jawab pertanyaan anda tentang Toyota GranAce

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 05

Di Thailand, Toyota Majesty hadir dalam 3 varian dengan harga bermula dari THB 1,709,000 (~RM 215k) dan ciri-ciri termasuk:

  • Pintu gelangsar berkuasa
  • 'Captain Seat' untuk baris tengah
  • 7 port pengecasan USB
  • 12 pembesar suara

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 06

Dari segi keselamatan, Majesty diberi penarafan ASEAN NCAP 5 bintang dan dilengkapi dengan 9 beg udara sebagai standard dengan ciri keselamatan aktif seperti pengesan titik buta (BSM), amaran lalu lintas belakang (RCTA), dan limited-slip differential (LSD) automatik.

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 07

Suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) juga turut dibekalkan yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), sistem pra-perlanggaran (PCS), amaran pertukaran lorong (LDA), dan lampu pancaran tinggi automatik (AHB) yang hanya tersedia pada varian tertinggi, iaitu Grande.

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 08

Toyota Majesty turut ditawarkan di Brunei

Dengan kehadirannya yang sudah menjengah ke Thailand dan Brunei, bolehkah Toyota Majesty ditawarkan di Malaysia? Nah, satu-satunya cara rakyat Malaysia boleh merasainya adalah melalui pengedar recond yang menawarkan GranAce berspesifikasi Jepun.

Ia lebih mahal daripada Toyota Vellfire yang disenaraikan pada harga RM 367,881 di laman web UMW Toyota Motor tetapi buat masa ini kami tidak mengetahui mengenai apa-apa maklumat ketibaan tempatan Toyota Majesty.

Ada yang minat ke? Toyota Majesty - MPV 11-penumpang, RWD ada dijual secara rasmi di Thailand! 09

Namun, jika anda lebih berminat dengan MPV Toyota mewah asal, model Toyota Alphard terpakai boleh ditemui serendah RM 40k dan sekitar RM 150k untuk generasi AH30 semasa. Sebagai alternatif, anda mungkin ingin menyemak ulasan kami tentang Kia Carnival, saingan sebenar Toyota Majesty, sekurang-kurangnya dalam bilangan tempat duduk.

Baca: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Majesty Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda