5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020

Haris · Jun 13, 2020 07:00 AM

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 01

Kita semua ada kereta idaman yang selalu kita tinjau pada pasaran kereta terpakai. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya kita sedang memerlukan sebuah kereta pada harga yang rendah untuk kegunaan sementara, keluarga mahupun perniagaan.

Jika anda berminat untuk menggunakan kereta terpakai, berikut adalah tips yang perlu anda pertimbangkan:

1. Periksa cat, panel, kawasan enjin dan bawah kereta

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 01

Apa yang anda lihat, itu yang anda beli. Pandangan pertama sepatutnya membuatkan anda tak sabar untuk memilikinya. Oleh itu, aspek ini adalah perkara pertama yang perlu anda perhatikan. 

Periksa kereta pada waktu siang kerana pantulan cahaya matahari dapat membantu anda mengetahui tentang keadaan body kereta. Keadaan seperti calar kecil, haus dan lusuh boleh diterima memandangkan ini adalah kereta terpakai.

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 02

Cari celahan yang tidak rata pada panel badan berdasarkan pantulan. Hal ini kerana ia mungkin merupakan tanda-tanda bahawa kereta itu pernah mengalami kemalangan. Selarikan mata anda dengan badan kereta dan perhatikan pantulan yang tidak rata.

Perhatikan keadaan jalur getah di sepanjang kawasan yang berpintu atau berkaca - merekah atau haus? Kebanyakannya jalur getah agak mudah untuk diganti. Namun, ada yang sedikit sukar untuk diganti contohnya penutup getah cermin hadapan yang mahal.

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 03

Elakkan kereta yang mempunyai tompok karat. Anda boleh mencari titik karat yang biasa terdapat di sepanjang bumbung, kawasan sekitar kawasan enjin, lengkungan roda dan di bawah karpet lantai.

Lihat di bawah kereta dan cari kerosakan yang dapat dilihat pada papan lantai, rel dan frem chasis serta bahagian mekanikal yang bergerak.

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 04

Periksa keadaan tayar dan roda. Awasi tayar yang tidak rata atau tayar yang tidak sesuai. Jenama / kualiti tayar yang dipasang juga boleh memberi gambaran mengenai rutin penyelenggaraan pemiliknya.

Hidupkan lampu depan dan lampu isyarat. Lampu depan dan lampu belakang seharusnya tiada masalah besar. Warna lampu yang tidak sama juga merupakan tanda bahawa ia pernah terlibat dalam kemalangan dan bahagian tersebut diganti dengan barang tiruan murah.

Periksa juga hos yang merekah pada kawasan enjin, air yang berkarat di dalam radiator ataupun kebocoran cecair sekiranya ada.

2. Semak rekod penyelenggaraan kereta

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 05

Yang ini memang wajib. Rekod dan sejarah penyelenggaraan penuh adalah petunjuk yang bagus mengenai tahap penjagaan pemilik sebelumnya.

Perhatikan tarikh servis, sama ada ia dilakukan tepat pada waktunya ataupun terlajak. Ini juga merupakan salah satu lagi petunjuk yang baik mengenai tahap penjagaan pemilik sebelumnya.

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 06

Sebuah kereta yang dilengkapi dengan kertas kerja yang banyak adalah petanda yang baik. Ini adalah salah satu faedah membeli kereta terpakai terus dari pemilik. Penjual kereta terpakai yang tidak memberi anda rekod penyelenggaraan mungkin telah memusingkan semula mileage kereta untuk menipu pembeli. Elakkan kereta yang tidak mempunyai rekod penyelenggaraan.

Sungguhpun begitu, lebih mudah sebenarnya membeli kereta terpakai melalui penjual kereta terpakai yang bertanggungjawab.

3. Cuba semua ciri dalaman

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 07

Pada iklim khatulistiwa seperti Malaysia, aircond yang sejuk sangat penting. Hal ini juga bermakna aircond adalah ciri pertama yang perlu anda periksa. Pastikan aircond pada kereta tersebut bersih, tidak berbau atau tiada bunyi pelik ketika dihidupkan. 

Kos penyelenggaraan aircond agak mahal tetapi kalau anda sedang meninjau kereta yang rare, ia mungkin menjadi pelaburan yang berbaloi.

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 08

Periksa juga ciri dalaman lain seperti power window, wipers, tombol signal, lampu instrument panel, lampu hazard, lampu kabin, sistem kunci pintu dan sistem audio. Perhatikan sekeliling kabin untuk sebarang tanda aneh yang ketara. Kadang kala, memperbaiki masalah bahagian dalaman kereta boleh jadi lebih mahal berbanding memperbaiki masalah mekanikal.

Untuk kereta yang dilengkapi dengan ciri elektronik yang rumit seperti sistem infotainment skrin sesentuh dan paparan digital, ambil masa untuk memeriksa fungsi tersebut satu persatu. Hiraukan sebarang tekanan daripada penjual yang tergopoh-gapah menyuruh anda memeriksa dengan cepat. Pilihan di tangan anda!

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 09

Periksa tanda-tanda kulat atau kelembapan kerana ini menunjukkan kebocoran air yang sangat menyusahkan untuk diperbaiki. Tarik tikar karpet dan rasa mana-mana tempat yang lembap di lantai, but kereta dan tempat duduk. Kebocoran air di sepanjang pintu juga boleh menjadi tanda bahawa kereta itu mengalami kemalangan serius yang tidak boleh dibetulkan.

4. Pandu uji

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 10

Takkan tengok sahaja? Cubalah pandu uji kereta terpakai itu. Walaupun sekejap, pandu uji dapat mendedahkan masalah yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Contohnya penyerap hentak yang barai, bunyi enjin yang kasar, stereng lari atau bunyi yang tidak sedap didengari.

Tidak perlu memandu kereta dengan laju. Sebaliknya, periksa sama ada kereta boleh dihidupkan dengan lancar, melahu (idling) dengan baik dan tiada kelainan pada power steering. Buat pusingan U yang perlahan secara maksimum kerana ini adalah cara termudah untuk mengetahui sebarang kerosakan pada stereng dan sistem suspensi.

Jika jurujual tak bagi anda pandu uji, lari jauh-jauh! Mereka mungkin akan menawarkan harga yang membuatkan anda tak keruan tetapi di kemudian hari kelak anda yang menyesal.

5. Semak rekod laporan yang disahkan untuk kereta recond

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 11

Kereta recond juga merupakan sebahagian daripada pasaran kereta terpakai. Tambahan pula, banyak model recond tidak didapati pada pasaran tempatan. Anda mahu Toyota Alphard yang lebih garang? Pasaran recond ada Toyota Alphard versi Modellista ataupun dengan body kit TOM yang berharga jauh lebih murah.

Namun apa yang dilihat tak seindah khabar. Kadang kala, ada unit recond yang telah terlibat dengan kemalangan dan telah dibaikpulih sepenuhnya. Yang lebih kerap dijumpai adalah kereta yang telah ditipu mileage

Berita baiknya adalah anda boleh mendapatkan laporan yang sah dari negara asal dengan menggunakan aplikasi seperti SCRUT dan RECOND. Dengan sedikit bayaran, pengguna dapat memperolehi laporan mengenai keadaan kenderaan, gambar keadaan asal kereta, mileage, modifikasi dan tahun pembuatan. Anda hanya perlu berikan nombor pengenalan kenderaan (nombor VIN / casis) sahaja.

Ringkasan

5 tips membeli kereta terpakai pada tahun 2020 12

Membeli kereta terpakai memerlukan sedikit usaha. Jika anda tidak yakin untuk melakukan semua ini secara sendiri, bawa mekanik yang dipercayai. Secara peribadinya, saya telah memiliki pelbagai kereta sepanjang hayat saya. Memang tak dapat dinafikan kepuasan apabila dapat memiliki kereta yang diimpikan. Harga susut nilai mungkin menjadi kelebihan anda sekiranya anda sendiri bijak membeli.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru