Lepasan graduan yang baru mula bekerja pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kereta pertama dan kalau melihat dalam pasaran, pilihan di bawah julat harga RM 50k tidaklah banyak. Tetapi tahukah anda bahawa dengan harga sama juga anda boleh dapat sesuatu yang mungkin lebih sedap dan berkualiti? Apa yang kami cadangkan adalah kereta terpakai yang terdiri daripada segmen A dan B tetapi kualiti binaan dan kejuruteraannya memang rasa di kelas yang lebih atas.
Calon yang pertama ialah Kia Picanto. Saiz hatchback segmen A buatan Korea ini mungkin lebih kurang Axia tetapi kualiti pemanduan dan tahap keselesaannya rasa lebih unggul. Lagi satu, di pasaran Malaysia, ia merupakan kereta termurah yang ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Kalau anda berminat dengan Kia Picanto, model tahun 2018 sekarang berharga RM 40k+ sahaja dan bayaran bulanannya hanya RM 400+. Trenkuasanya hadir dengan kombo enjin 1.2L NA (84 PS,122 Nm) dan transmisi automatik 4 kelajuan.
Juga baca: Kia Picanto terpakai masih RM 44k, alternatif Axia tetapi kenapa masih mahal?
Calon kedua pula ialah Proton Persona. Sedan segmen B ini memiliki pengendalian dan tahap keselesaan yang mantap dan kabinnya juga cukup luas. Model tahun 2020 sekarang ini boleh dibeli pada harga serendah RM 40k dan bayaran bulanannya juga lebih kurang RM 400+.
Dari segi trenkuasa, ia menggunakan enjin 1.6L NA (109 PS,150 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT.
Juga baca: Proton Persona terpakai serendah RM 33k, berbaloi sedan segmen-B pada harga Saga?
KEMASKINI pada Julai 2023 - Untuk tempoh masa terhad, CARSOME menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk model ini. Ketahui lebih lanjut disini!
_____________________________________
Dan calon ketiga pula ialah Honda Jazz. Hatchback ini boleh dikatakan paling lengkap di antara semua kerana ia bukan setakat luas, malah kabinnya juga cukup praktikal dan boleh memuatkan pelbagai barang.
Sebagai sebuah Honda, aspek pengendaliannya juga terjamin dan nak menjaga juga tidak akan leceh kerana jangka hayat yang panjang dan kos servis dan alat ganti yang rendah. Enjinnya datang dengan nadi 1.5L NA (120 PS,145 Nm) yang digandingkan dengan transmisi CVT. Untuk anda yang berminat dengan Honda Jazz, model tahun 2014 sebagai contoh sekarang ini boleh dibeli pada harga serendah RM 53k+ dan bayaran bulannnya pula lebih kurang RM 500+.
Kalau nak senang, anda boleh terus ke Carsome yang mana terdapat banyak unit yang dijamin dalam keadaan baik. Setiap pembelian juga lengkap dengan waranti 1 tahun.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}