window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul!

Mersita · Nov 14, 2020 02:00 PM

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 01

Masa nak beli kereta, pernah nampak “ISOFIX anchor points” dalam risalah spesifikasi? Hampir semua kereta masa kini dilengkapi dengan braket besi ISOFIX di tempat duduk belakang untuk kerusi keselamatan kanak-kanak yang ada sistem sama. Oleh itu, apa maksud ISOFIX anchor points?

Pemegang kerusi keselamatan kanak-kanak

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ISOFIX anchor points atau pemegang ISOFIX ialah satu kelengkapan untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dimana pemegang besi ini bersambung sekali dengan chassis kereta untuk memastikan kerusi tersebut tidak tercampak atau beralih semasa kereta mengalami impak tinggi di dalam kemalangan.

ISOFIX juga merupakan sistem pemegang keselamatan yang menepati semua kriteria keselamatan seperti dalam ujian oleh European Association of Automotive Suppliers (CLEPA). Apabila anda hendak membeli kerusi keselamatan kanak-kanak, pastikan ia mempunyai besi sambungan ISOFIX supaya ia boleh mencengkam besi ‘anchor’ ISOFIX ini dengan sempurna.

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 01

Ada pun sistem lain seperti dalam model lama menggunakan ‘thethers’ atau sebentuk tali pemegang yang dipasang pada dasar kerusi. Sistem yang dipanggil LATCH ini tidak begitu selamat dalam memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang tidak bergerak/tercampak ketika impak.

Tambahan pula, ada segelintir ibu bapa yang menggunakan tali pinggang keledar sahaja untuk menahan kerusi keselamatan kanak-kanak pada posisinya. Kaedah ini sangat tidak selamat dan bukan saja kerusi keselamatan tersebut boleh terhumban ketika terkena impak tinggi, tali pinggang keledar juga boleh menjerut leher kanak-kanak tersebut selain daripada menyebabkan kecederaan lain pada bahagian torso dan sebagainya.

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 02

Sumber

Sedikit info untuk penggunaan tali pinggang keledar – penumpang berketinggian bawah 4 kaki 9 inci tidak sesuai untuk tali pinggang 3 poin yang ada dalam kebanyakan kereta kerana tali melintang akan terletak terlalu rapat dengan leher. Belakang lutut penumpang tersebut mesti menyentuh hujung kerusi.

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 03

Jika kereta anda dilengkapi ISOFIX anchor points, belilah kerusi keselamatan kanak-kanak yang ada fungsi ISOFIX. Periksa di bahagian bawah dasar kerusi keselamatan tersebut dan anda akan lihat dua besi klip ISOFIX di kiri dan kanan kerusi.

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 04

Selalunya besi sambungan ini berbentuk lonjong dan mempunyai ‘mulut’ dengan klip besi yang boleh ditolak ke dalam braket besi ISOFIX. Ia juga mempunyai sejenis indikasi berwarna hijau untuk memastikan klip ISOFIX tersebut masuk dan dikemaskan dengan sempurna.

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 05

ISOFIX dan 'top tether' dalam kereta Honda

Ada juga kerusi keselamatan kanak-kanak yang dilengkapi dengan ‘top tether’ iaitu tali yang memegang bahagian belakang kerusi yang boleh disambung ke ISOFIX anchor point ketiga. Posisi besi ketiga ini boleh ditemui di lantai kereta, panel sisi di dalam, ataupun di belakang kerusi pemandu atau penumpang hadapan – bergantung pada jenis kerusi yang menghadap ke depan atau belakang kereta.

Setelah siap dipasang, goyang-goyangkan sikit kerusi keselamatan anak anda untuk pastikan semua sambungan terpasang sempurna.

Dua braket besi ISOFIX untuk dasar kerusi kanak-kanak itu pula terletak di antara kusyen duduk dan sandar tempat duduk belakang. Ada yang tersembunyi sedikit diantara kusyen ini, oleh itu anda harus selitkan tangan dan cari besi ini di kedua-dua sisi tempat duduk.

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul! 06

Besi pemegang dalam Perodua Myvi XT

Kesimpulan

Kebanyakan kereta – dari hatchback Perodua Axia, MPV/SUV Mitsubishi Xpander sehinggalah kereta sport sedan seperti BMW – mempunyai ISOFIX points. Kadang-kadang kita nampak besi ini di dalam kereta tapi tak tahu lagi apa fungsinya. Apabila anda pergi ke kedai-kedai barangan bayi dan kanak-kanak, rajin-rajinlah lihat yang ada besi penyambung ISOFIX dan inilah masanya untuk anda gunakan sambungan tersebut!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda