window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

8 PATI disumbat dalam Proton Persona dicekup, 3 lagi sempat larikan diri

Mersita · Dec 14, 2021 10:00 AM

8 PATI disumbat dalam Proton Persona dicekup, 3 lagi sempat larikan diri 01

Sebuah Proton Persona ditemui dalam keadaan mencurigakan sebelum berjaya ditahan polis di Kampung Lemal, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang pada awal pagi Ahad, mendedahkan cubaan menyeludup sekurang-kurangnya lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dengan menggunakan sedan segmen B 5 tempat duduk berkenaan sebagai mod penyeludupan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, anggota polis yang membuat rondaan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang terserempak dengan Proton Persona berkenaan sebelum kereta itu dipecut menghala ke Pasir Mas sebelum berhenti di kawasan Kampung Lemal pada kira-kira jam 1.30 pagi.

8 PATI disumbat dalam Proton Persona dicekup, 3 lagi sempat larikan diri 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, dua lelaki dipercayai tekong serta seorang penumpang hadapan berjaya lolos dengan melarikan diri ke dalam semak berhampiran. Ditemukan di dalam Persona berkenaan adalah lapan orang PATI berusia 18 sehingga 39 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke atas semua pati mendapati tidak memiliki sebarang barangan yang salah namun mereka didapati datang ke Malaysia secara haram kerana tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah,” kata Mohd Nasaruddin dalam laporan Harian Metro.

Kelapan-lapan PATI yang ditangkap telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

8 PATI disumbat dalam Proton Persona dicekup, 3 lagi sempat larikan diri 01

Ruang but Proton Persona berkapasiti 510 liter sebagai rujukan. Merujuk kepada laporan, dijangka 11 orang berhimpit di dalam sedan ini sekaligus. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda