window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual!

Haris · Aug 5, 2020 01:00 PM

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 01

Siapa yang tak kenal dengan kereta ikonik Mini yang menjadi idaman para pemuda hipster atau peminat tegar kereta klasik? Kalau anda adalah salah seorang daripada golongan ini, kami telah menemui sebuah kereta yang sesuai untuk anda.

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 02

Menurut sebuah hantaran di Facebook, sebuah Austin Mini Wagon tahun 1969 kini untuk dijual. Menilai daripada kualiti Mini Wagon ini, kami boleh katakan bahawa ini memang dah siap serba serbi. Pemilik baharu tinggal pandu sahaja kereta ini ke ekspo pameran kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 01

Pemilik kereta ini, Mohd Thalha telah membina semula kereta ini dari kosong. Tambah beliau lagi, hampir 60% bahagian alat ganti pada Mini Wagon ini telah pun dibeli dari syarikat Minispares di UK

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 02

Austin Mini Wagon ini dikuasakan oleh enjin 1.3 Black dengan suntikan bahan api yang telah menerima sedikit modifikasi. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kit K&N Injection Filter. Yang penting, kereta ini memang boleh jalan.

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 03

Apa yang paling menarik perhatian kami adalah kualiti kemasan tempat duduk kulit yang ada pada Austin Mini Wagon ini. Tempat duduk dengan kemasan kulit ini telah ditempah secara tempatan di Newton Leather, Ampang. Newton Leather juga menerima tempahan untuk kereta biasa jika anda ada duit lebih.

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 04

Perincian-perincian kecil seperti stereng kayu Nardi dan pemegang pintu Paddy Hoopkirk menunjukkan perhatian yang tinggi oleh pemilik dalam usaha menyiapkan kereta ini. Tambahan pula, kereta ini sudah menjalani kerja-kerja kalis bunyi dan haba. Sesuai dengan iklim cuaca di Malaysia.

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual! 05

Bagi mereka yang berminat, anda boleh membeli Austin Mini Wagon ini pada harga RM 90,000. Bagi peminat kereta klasik seperti saya, tiada nilai yang mampu diberi jika dapat memiliki kereta ini.

Beli di sini: Facebook Marketplace 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda