window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran?

Mersita · Jan 25, 2021 05:30 PM

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 01

Proton Iriz merupakan satu produk hasil daripada matlamat besar Proton dalam membangunkan sebuah kereta global bersaiz kecil (global small car, kod nama GSC).

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 02

Ia didebut pada September 2014, dengan 8 varian yang ditawarkan ketika pelancarannya. Selepas beberapa tahun, Proton mengurangkan jumlah varian yang ditawarkan sambil menambah beberapa naiktaraf pada beberapa model sedia ada.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 01

Dalam usaha untuk mengekalkan Iriz kekal kompetitif terhadap Perodua Myvi, pesaing segmen B utamanya, Proton memberikan Iriz naik-taraf terbesarnya pada tahun 2019 dengan menambah perincian seperti rupa luaran yang digayakan semula, rekaan rim baru, sistem infotainmen berarahan suara “Hi Proton”, dan juga kluster meter yang baru.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 02

Menjelang bulan September 2021, Iriz akan menyambut ulangtahun ketujuhnya. Jika diikutkan standard industri, tiba masanya untuk model ini ditukar ganti.

Sama seperti Proton Saga, kami percaya yang Proton Iriz generasi terkini akan terus bertahan sehingga beberapa tahun lagi.

Membangunkan platform serba baharu bukannya murah

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 03

Sebab utama mengapa Proton Iriz generasi seterusnya mungkin belum akan keluar dalam masa terdekat lagi ialah kerana kos pembangunannya yang tinggi.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 04

Dahulu, Proton membuat pelaburan berjumlah sekitar RM 300 juta bagi membangunkan Proton Iriz – satu jumlah yang agak besar bagi sebuah model serba baru seperti Iriz. Semuanya terpaksa dibangunkan dari awal.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 05

Malah, melencanakan semula model Geely pun tidak dapat dilakukan kerana dua sebab utama.

Sebab pertama ialah kerana Geely tiada hatchback segmen B yang dibina berdasarkan platform BMA. Lagipun, kereta bersaiz kecil bukanlah kelebihan/kepakaran Geely.

Sebab kedua pula adalah berkaitan kos. Perlu diingatkan yang Proton membayar RM 808.3 juta bagi fi perlesenan untuk tiga model Geely iaitu Geely Boyue (Proton X70), Geely Binyue (Proton X50), dan juga sebuah model ketiga yang akan datang nanti. Bila dianggarkan, fi perlesenan bagi satu model berkos RM 269 juta.

Bagaimana pula dengan platform BMA?

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 06

Platform BMA Proton X50

Rancangan awalnya ialah Proton Iriz generasi seterusnya akan dibina di atas platform BMA Proton X50 yang diubahsuai, tapi isu terbesarnya ialah kos. Platform BMA bukannya murah dan Proton Iriz pula bersaing di dalam segmen yang amat sensitif terhadap harga.

Untuk kekal kompetitif dengan Perodua Myvi, Iriz perlu dijual pada harga antara RM 40 ribu – RM 50 ribu.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 07

Iriz bersaing terus dengan Perodua Myvi yang nyata jauh lebih popular dan berjaya. Jika dibandingkan dengan Iriz, Myvi menawarkan pakej yang lebih berbaloi kerana ia dilengkapi dengan perincian seperti lampu LED, kelengkapan ASA 2.0 AEB, kawalan penghawa dingin digital, dan juga pembaca Smart Tag yang dibina-dalam.

Tambahan pula, Myvi didatangkan dengan sekurang-kurangnya 4 beg udara; lebih banyak daripada jumlah beg udara berkembar Iriz.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 08

Memandangkan Proton kini sedang bersiap-siaga untuk memperkenalkan Iriz yang dinaiktaraf dalam masa beberapa minggu/bulan lagi, kami rasakan yang model seterusnya belum ada lagi dalam perancangan.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 09

Setakat ini, Proton Iriz yang akan datang tak lama lagi akan diberi transmisi automatik jenis ‘torque converter’ 4 kelajuan yang bersumberkan Hyundai; seperti yang dilihat di dalam Proton Saga 2019.

Tambahan pula, Proton Iriz 2021 yang dinaiktaraf itu nanti mungkin akan diberi kelengkapan ADAS memandangkan ia diberi rating 5 bintang dalam ujian protokol ASEAN NCAP 2017 – 2020 yang diperketatkan.

Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran? 10

Oleh itu, kami tak sabar nak lihat apa yang ditawarkan pada Proton Iriz 2021 nanti kerana Proton nampak gayanya telah membetulkan salah satu kekurangan terbesar di dalam hatchback ini iaitu kotak gear automatik jenis CVTnya yang kurang memberangsangkan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda