window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022!

Haris · Nov 4, 2022 11:00 AM

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 01

Untuk 2 bulan terakhir tahun 2022 ini, musim untuk anugerah kini bermula sebelum kita menyambut tahun baharu. WapCar dan Carlist kini bekerjasama untuk anugerah untuk People’s Choice Awards tahun ini dan anda berpeluang mengundi kereta kegemaran anda serta berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik!

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 02

Klik pautan ini untuk mengundi

Dengan 18 kategori dan 67 calon secara keseluruhan, kami hanya akan menampilkan salah satu kategori kali ini. Kategori pertama yang akan diundi oleh anda sebagai penentunya adalah - Kategori sedan dan hatchback peringkat pengenalan bawah-RM 60k.

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya 4 calon yang menepati kriteria tersebut di sini dan kesemua daripada mereka terdiri daripada jenama kereta tempatan kebanggaan kita iaitu:

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 01

Kereta paling murah daripada kesemua calon ini ialah Proton Saga dengan varian Premium S paling tinggi berharga sekitar RM 45,000. Nama yang memulakan industri automotif Malaysia menerima peningkatan facelift kedua pada bulan Mei dan kini menampilkan ciri kemasukan tanpa kunci.

Baca: Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Walaupun agak ketinggalan zaman dari segi ciri keselamatan, Proton Saga memberikan nilai yang paling berpatutan kepada mereka yang mahukan sedan mampu milik. Tidak hairanlah ia merupakan model Proton paling laris yang dijual sekarang.

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 02

Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang sedikit besar, maka di sinilah Proton Persona hadir. Sedan segmen B ini menyaksikan facelift diperkenalkan pada tahun 2021 bersama kembarnya, Iriz. Walaupun perubahan yang ditawarkan kelihatan kecil, ia masih ketara terutamanya untuk kereta yang berharga bawah RM 60k.

Baca: Gambaran dekat: Proton Persona facelift 2022, kemaskini terbaik setakat ini!

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 03

Penambahbaikan termasuk tempat duduk kulit baharu, lampu utama LED, paparan infotainmen gaya terapung dan kawalan suara untuk A/C dan tingkap kuasa. Malah, ada satu ciri yang sangat terpuji dan tidak ditawarkan pada mana-mana model lain.

Baca: Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada!

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 04

Bercakap mengenai kembar Persona, Proton Iriz Active adalah calon Proton ketiga dan terakhir dalam kategori bawah-RM60k. Hatchback dengan gaya aktif ini dengan rekaan mirip SUV kecil adalah varian tertinggi Iriz dengan jarak kelegaan tanah +20 mm lebih tinggi daripada varian Iriz standard.

Baca: Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk?

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 05

Ia mempunyai ciri yang sama seperti Persona tetapi Proton Iriz Active menerima sejumlah sentuhan kemasan sporty di kabin dalam seperti aksen merah pada papan pemuka dan jahitan merah pada upholsteri kulit.

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 06

Akhir sekali, saingan utama Iriz dan pemenang jualan yang tiada tandingan Perodua Myvi adalah calon terkuat dalam senarai ini. "King Myvi" menerima facelift pada penghujung tahun 2021 tetapi tidak seperti trio Proton di sini, perubahan itu lebih sekadar kosmetik dengan penambahbaikan mekanikal.

Baca: Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 07

Perodua Myvi facelift 2022 menyaksikan transmisi automatik 4-kelajuan lapuk digantikan dengan kotak gear automatik D-CVT yang lebih moden.

Ciri keselamatan pada Perodua Myvi baharu turut dipertingkatkan dengan penambahan Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Departure Prevention, sesuatu yang langsung tidak ditawarkan pada pesaing lain dalam senarai ini.

Saga, Iriz, Myvi, atau Persona? - Undi kereta sub-RM 60k kegemaran anda untuk Carlist People's Choice Awards 2022! 08

Ini adalah empat calon untuk kategori sedan dan hatchback peringkat permulaan bawah-RM 60k, kesemuanya diuji dan disyorkan untuk anda.

Kini, apa kata undi kereta kegemaran anda antara 31-Oktober hingga 13-November 2022. Klik pautan ini dan anda juga berpeluang memenangi beberapa produk Apple atau Xiaomi baharu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda