window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu!

Haris · Aug 13, 2021 05:00 PM

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 01

Proton Persona baru sahaja menerima facelift kedua (dikenali sebagai MC2) yang dilancarkan minggu lalu. Sebagai sebuah model yang berusia 5 tahun dalam pasaran, ia menghampiri kitaran hayat produk terakhir jika mengikut standard pengeluar kereta konvensional lain.

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 02

Walaupun terdapat peningkatan berterusan dari aspek gaya luaran, hakikatnya reka bentuk Proton Persona tidak dapat diperbaiki dengan seberapa banyak facelift sekalipun. Hal ini kerana, ia dibangunkan menggunakan platform Proton Iriz justeru terbatas dengan kekangan platform tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 01

Penggunaan transmisi automatik CVT (walaupun didakwa telah dipertingkatkan) tetap menjadi kambing hitam oleh pembeli-pembeli berpotensi dan peminat kenderaan tempatan. Perubahan transmisi CVT kepada 4AT seperti yang dilakukan pada Proton Saga tidak dicontohi oleh kedua-dua model segmen B.

Baca: Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 02

Mungkin bukan sudut pandangan terbaik..

Mengapa rekaan Proton Persona tidak seimbang? Secara umumnya, rekaan kenderaan perlu mengikut nisbah rekaan (design ration). Antara nisbah yang 'dilanggar' oleh Proton Persona adalah tinggi kenderaan = 2x ganda lengkung tayar. Berikut adalah gambaran yang lebih jelas.

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 03

Merc A-Class yang mengikuti nisbah rekaan

Tidak mengejutkan, berdasarkan nisbah rekaan asas ini, rekaan Proton Persona tampil kurang seimbang. Ada cara untuk melanggar nisbah rekaan ini? Baca panduan berikut.

Baca: Rekaan Honda City Hatchback 2021 nampak pelik? Ada sebab munasabah di sebaliknya

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 04

Justeru itu, sudah tiba masanya untuk Proton Persona hadir dengan model serba baru. Calon terbaik? Geely Emgrand 2021 serba baru boleh dikatakan pengganti ideal untuk Proton Persona. Sedan 'bajet' daripada Geely ini mampu memenuhi citarasa golongan pertengahan di Malaysia.

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 05

Kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim terbukti mampu memanfaatkan penggunaan platform BMA apabila memasang Proton X50 justeru tiada masalah untuk menyelit sedan ini di sana.

Namun, Geely Emgrand tidak menerima pilihan enjin turbocaj disebabkan status 'bajet' hanya enjin 4-silinder 1.5 liter NA biasa yang menghasilkan 114 PS dan 147 Nm dengan gandingan transmisi automatik CVT.

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 06

Secara visual, ia adalah reka bentuk sedan 3 kotak tradisional dengan garis-garis yang kemas dan sederhana. Apa yang lebih penting adalah nisbah rekaan yang berkadar dengan baik.

Baca: Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus!

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 07

Geely Emgrand memang nampak menarik apabila mengenakan nuansa rekaan terbaru Geely, merangkumi gril depan khas Geely dengan bilah menegak. Sementara itu, bahagian sisi nampak kemas dan sederhana dengan garis badan yang menonjol dari arah depan ke belakang.

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 08

Bergerak ke arah belakang pula, kedua-dua lampu belakang dihubungkan melalui jalur LED dengan jenama Geely yang terpampang. Bumper belakang juga mempunyai diffuser palsu dengan lampu kabus belakang pada bahagian tengah.

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 09

Dari segi dimensi, ukuran Geely Emgrand adalah seperti berikut. Ia boleh dilihat sebagai kereta bersaiz segmen C yang berharga seperti kereta segmen B.

Dimensi
Model Emgrand Persona Preve
Panjang (mm) 4,638 4,362 4,543
Lebar (mm) 1,820 1,722 1,786
Tinggi (mm) 1,460 1,554 1,524
Jarak Roda(mm) 2,650 2,555 2,650

Harganya juga sedikit kompetitif, ia mampu bersaing dengan model seperti Toyota Vios tetapi masih di bawah harga Honda Civic.

Harga pasaran China
Geely Emgrand CNY 87,000 - 92,000
Honda Civic CNY 119,900 - 169,900
Toyota Vios CNY 73,800 - 94,800

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 10

Ini mengingatkan kembali kepada Proton Persona generasi pertama yang menjadi kegemaran ramai. Model Proton Persona OG ini bersaiz seperti sebuah sedan segmen C namun berharga lebih rendah berbanding pesaing sedan segmen B yang lain.

Baca: Panduan kereta terpakai: Proton Persona 1.6 (CM), varian dan tahun mana baloi untuk dibeli?

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 11

Antara model Proton yang paling cantik

Ketua pereka Proton, Azlan Othman dan naib presiden Geely Design Shanghai, Guy Burgoyne pernah memberi petanda bahawa Proton akan baralih dari rebadge sederhana (Proton X50, Proton X70) ke perubahan menyeluruh rekaan top-hat.

Top-hat merujuk kepada struktur badan di atas bahagian enjin misalnya seperti tiang A-/ B-, bumbung, cermin sisi dan sebagainya.

Baca: Rekaan Proton tapi berasaskan model Geely menjelang tahun 2026!

Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu! 12

Tentunya ramai peminat mahu melihat model Proton Persona generasi ketiga namun Proton Persona sekarang masih mempunyai tarikan tersendiri - harga yang rendah untuk ruang dan kapasiti but belakang yang ditawarkan.

Harapan untuk melihat Proton Persona generasi baharu ini perlu disimpan terlebih dahulu. Perancangan terbaru Proton berkemungkinan besar adalah Proton X90, SUV 7-penumpang berdasarkan Geely Houyue yang sudah tertiris sedang diuji atas jalan.

Baca: Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda